Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Pemandu mabuk lebih berbahaya daripada bunyi bising RXZ

Imej
  Baru-baru ini, DAP Melaka lantang bersuara membantah penganjuran Himpunan RXZ di bumi Hang Tuah itu. Kata mereka, deruman enjin motosikal yang kuat mengganggu ketenteraman masyarakat. Kenyataan kurang masak DAP Melaka itu dibalas dengan kecaman daripada netizen. Mereka mempersoalkan di mana suara pemimpin-pemimpin DAP apabila berlaku insiden kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk . Dalam hal ini, netizen berada di pihak yang benar. Sudah selalu sangat kita melihat kemalangan maut meragut nyawa mangsa-mangsa yang tidak berdosa sedangkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk masih bernyawa. Sudah lama rakyat bersuara mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu mabuk selain melaksanakan undang-undang yang ketat bagi mengekang gejala yang merosakkan keluarga, masyarakat dan negara ini. Malangnya, suara rakyat seolah-olah mencurah air ke daun keladi kerana kemalangan maut akibat pemandu mabuk masih lagi berlaku. Mungkin sudah tiba masanya pemandu mabuk y...

Jadilah penulis yang diam ubi tetapi berisi

Imej
  Dalam era media sosial yang sarat dengan mengagungkan kejayaan, paparan gaya hidup hedonistik dan lapar perhatian, kita sering terlupa bahawa tentang nilai-nilai murni seperti sifat rendah hati , bekerja keras, menjaga maruah dan membina jati diri secara senyap.  Dalam hal ini, banyak yang kita boleh belajar daripada sifat ubi. Tanaman ini tidak dapat dilihat tumbesarannya kerana ubi terbenam di dalam tanah. Kita hanya dapat melihat ubi yang berisi setelah hasilnya dituai dari tanah apabila cukup masanya. Besar atau kecil ubi bergantung kepada faktor kesuburan tanah dan bagaimana kita membaca serta membelainya.  Menghayati falsafah diam ubi berisi bukan bermaksud kita pendamkan sahaja bakat yang dianugerahkan Allah SWT . Seperti ubi, tonjolkan bakat apabila tiba masanya agar dapat dikongsi bersama dengan mahkluk-makhluk Allah yang lain. Contohnya, kita berbakat dalam bidang penulisan. Sebelum mula menulis untuk khalayak, kita seharusnya 'bertapa' dahulu dengan meng...

Kawal darah tinggi sebelum terlambat

Imej
  Gambar hiasan: Pexels/Marta Branco Tekanan darah tinggi atau hipertensi sering disebut sebagai pembunuh senyap kerana masalah kesihatan itu tidak menunjukkan tanda-tanda jelas pada peringkat awal.  Ramai penghidapnya hanya menyedari masalah ini apabila berlaku komplikasi serius seperti serangan jantung , strok atau kegagalan buah pinggang .  Sehubungan itu, langkah pencegahan dan kawalan sejak dari awal adalah kunci utama untuk mengelakkan risiko yang lebih besar. Gaya hidup moden yang serba menekan, ditambah pula dengan amalan pemakanan tidak sihat, menjadi antara faktor utama yang menyebabkan kes hipertensi meningkat.  Pengambilan makanan tinggi garam, lemak dan gula, serta kurang aktiviti fizikal, menyumbang kepada peningkatan tekanan darah.  Oleh itu, perubahan gaya hidup perlu dilakukan segera. Mulakan dengan mengurangkan garam dalam masakan, memilih makanan segar berbanding makanan segera, serta memastikan tubuh mendapat nutrisi seimbang.  Aktiv...

Mengundilah di mana anda tinggal, tak perlu balik kampung

Imej
  Gambar hiasan: FB SPR Setiap kali tiba musim pilihan raya, satu soalan sering berlegar dalam kalangan kita: "Balik mengundi ke tidak?"  Masih ramai yang berhijrah dari tempat asal mereka belum menukar alamat pada kad pengenalan masing-masing, justeru menyebabkan nama mereka didaftarkan sebagai pengundi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar lokasi tempat tinggal terkini. Misalnya, ada individu yang berdaftar sebagai pengundi di Sabah sedangkan dia sudah bertahun-tahun bermastautin di Kuala Lumpur . Balik kampung pun mungkin setahun sekali sahaja pada musim perayaan. Malah, mungkin sudah lama tidak balik kampung setelah ibu bapa meninggal dunia. Dalam hal ini, adalah tidak adil sekiranya pengundi terbabit memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen dan DUN yang di luar kawasan mereka bermastautin. Jika calon yang mereka undi itu menang, boleh dikatakan beliau tidak benar-benar mewakili suara seluruh anggota masyarakat yang tinggal di kawasannya. Lebih-l...

Cadangan kembalikan UPSR tak relevan, ketinggalan zaman

Imej
  Kebelakangan ini, timbul semula cadangan agar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaksanakan kembali.  Cadangan ini perlu dibantah kerana ia bukan sahaja tidak relevan dengan keperluan pendidikan masa kini, malah berpotensi menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Sistem pendidikan hari ini menuntut pendekatan yang lebih holistik dan berpandangan jauh. Anak-anak generasi baharu memerlukan ruang untuk membina kreativiti , komunikasi , pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah .  Kemahiran ini tidak boleh diukur dengan hanya satu peperiksaan berpusat pada usia 12 tahun.  Mengembalikan UPSR bermakna sistem sekali lagi kembali bergantung pada hafalan , latihan latih tubi dan budaya kejar A yang pernah dikritik hebat. UPSR juga terbukti memberi tekanan tidak seimbang kepada murid, ibu bapa dan guru. Ketika ia masih wujud, ramai murid terpaksa mengharungi kelas tambahan , tuisyen dan jadual belajar yang padat semata-mata untuk memperoleh keputus...

Menghormati pemimpin amalan yang terpuji

Imej
  Gambar hiasan. Kita semua sedia maklum bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan sesuatu kumpulan, organisasi atau negara.  Pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab membuat keputusan yang memberi kesan kepada banyak pihak, malah menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada rakyat.  Oleh itu, menghormati pemimpin merupakan amalan terpuji yang menggambarkan nilai murni, adab dan kematangan dalam diri seseorang individu. Menghormati pemimpin tidak bermakna kita perlu menyanjung mereka secara membuta tuli.  Sebaliknya, rasa hormat itu adalah berasaskan kepada pengiktirafan terhadap tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka galas.  Pemimpin yang jujur dan amanah berhak dihormati atas usaha mereka membimbing masyarakat ke arah kebaikan.  Sikap hormat ini juga mencerminkan keutuhan moral rakyat dalam menegakkan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang menjadi tunjang kepada keharmonian sosial. Pada masa yang sama, rasa horma...

Cegahlah diabetes sebelum terlambat

Imej
Diabetes kini menjadi antara masalah kesihatan paling serius di Malaysia. Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), lebih satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap penyakit tersebut.  Angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding sedekad lalu, menandakan tahap kesedaran masyarakat terhadap ancaman diabetes masih belum memadai. Penyakit diabetes bukan sahaja berpunca daripada faktor genetik , tetapi turut berkait rapat dengan gaya hidup moden.  Pemakanan tinggi gula dan karbohidrat, kurang aktiviti fizikal serta tekanan hidup menjadi punca utama peningkatan kes diabetes.  Lebih membimbangkan, ramai pesakit tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah muncul komplikasi serius seperti masalah penglihatan , kegagalan buah pinggang , dan serangan jantung . Kerajaan melalui KKM dan pelbagai agensi kesihatan giat melaksanakan kempen kesedaran seperti Hari Diabetes Sedunia dan program saringan kesihatan percuma di seluruh negara.  Inisiati...

Mengapa seluruh dunia membenci Amerika Syarikat?

Imej
Amerika Syarikat (AS) sering digambarkan sebagai negara paling berkuasa di dunia , dengan pengaruh besar dalam politik, ekonomi, ketenteraan dan budaya global .  Namun di sebalik imej gah itu, terdapat sentimen kebencian dan ketidakpercayaan yang semakin menebal terhadap negara tersebut. Mengapa AS dibenci di seluruh dunia? Salah satu sebab utama adalah dasar luar AS yang sering dianggap hipokrit . AS mendakwa memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia , tetapi dalam banyak situasi, tindakannya bertentangan dengan prinsip yang dilaungkan.  Campur tangan ketenteraan di Iraq, Afghanistan, Libya dan Syria meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat di negara-negara itu.  Nama AS sering dikaitkan dengan peperangan, penderitaan rakyat dan kemusnahan yang tidak berkesudahan. Selain itu, sikap dwistandard dalam menangani isu antarabangsa turut menimbulkan kemarahan ramai.  AS tegas mengkritik pelanggaran hak asasi manusia di negara tertentu, namun menutup mata terh...

Netizen Malaysia pemalas, jenis suka baca tajuk

Imej
  Ada sejenis penyakit aneh yang semakin menular di Malaysia iaitu penyakit “suka baca tajuk, malas baca isi.” Kalau dibuat kajian rasmi, mungkin sudah mencapai tahap kronik. Setiap kali ada artikel berita, posting Facebook , atau ciapan X yang panjang sikit, majoriti netizen terus berhenti pada ayat pertama.  Tajuk dah cukup. Tak perlu baca habis. Asal nampak nama pemimpin politik atau artis kegemaran, terus komen seperti pakar paling arif di alam maya. Lebih lucu bila ramai yang marah-marah tentang sesuatu yang sebenarnya langsung tak disebut dalam artikel. Kalau buka ruangan komen, boleh nampak komen-komen semberono. Ada yang menyumpah seranah, ada yang keluarkan fatwa sendiri, dan ada yang buat teori konspirasi melebihi skrip filem Bollywood . Merekalah yang paling hebat dalam semua perkara. Yang lebih membimbangkan, tabiat malas membaca ini bukan setakat dalam hal hiburan atau gosip. Bila bab ilmu, ekonomi , agama, atau isu negara, sikap sama terbawa-bawa.  Asal a...

Kembalikan hukuman rotan di sekolah

Imej
  Isu kemerosotan disiplin pelajar kini hangat diperkatakan selepas kejadian mengejutkan di Melaka baru-baru ini apabila empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan di kawasan sekolah.  Kes ini bukan sahaja menggoncang kepercayaan masyarakat terhadap keselamatan di institusi pendidikan, malah menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana sistem pendidikan negara masih mampu membentuk akhlak dan disiplin generasi muda. Dalam konteks ini, sudah tiba masanya kerajaan dan Kementerian Pendidikan menilai semula keberkesanan pendekatan sedia ada terhadap pengurusan disiplin pelajar.  Ramai pihak berpendapat bahawa hukuman rotan , yang suatu ketika dahulu menjadi langkah tegas tetapi mendidik, wajar dikembalikan semula di sekolah bagi mengekang gejala tidak bermoral yang semakin membimbangkan. Sebelum ini, hukuman rotan bukan sekadar satu bentuk hukuman fizikal, tetapi simbol ketegasan dan tanggungjawab.  Ia dilak...

Peliharalah keharmonian masyarakat berbilang kaum sebaik-baiknya

Imej
  Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana keupayaannya mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya .  Sejak merdeka , rakyat pelbagai latar belakang hidup bersama dengan semangat saling menghormati, menjadikan Malaysia contoh kepada dunia tentang bagaimana perbezaan boleh menjadi kekuatan, bukan kelemahan.  Namun, keharmonian ini tidak datang dengan mudah kerana ia adalahhasil usaha berterusan untuk memahami, menghormati dan menerima antara satu sama lain. Menjaga keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum amat penting kerana ia menjadi asas kestabilan negara. Tanpa keharmonian, segala usaha pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial akan terganggu.  Apabila wujud persefahaman antara kaum, rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram, seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara secara kolektif.  Keamanan sosial inilah yang membolehkan Malaysia terus bergerak ke hadapan sebagai negara maju berteraskan nilai kemanus...

Puak acah-acah elit jangan sombong hina B40

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Golongan B40 merangkumi hampir separuh daripada rakyat Malaysia. Mereka bekerja keras sebagai pemandu bas, nelayan, pekerja kedai, pekerja kilang dan ribuan lagi bidang lain yang sering dipandang remeh tetapi penting.  Walaupun pendapatan yang diterima mereka kecil, jasa mereka besar kerana golongan tersebutlah yang menggerakkan sektor asas ekonomi negara . Namun, kesombongan golongan acah-acah elit terhadap B40 yang banyak menerima bantuan kerajaan akhir-akhir ini semakin ketara.  Ramai yang bersikap biadab melemparkan kata-kata berunsur penghinaan hanya kerana melihat kehidupan golongan B40 tidak setaraf dengan mereka.  Seolah-olah menjadi miskin itu satu kesalahan, kononnya golongan B40 tidak berusaha untuk menambah baik taraf hidup kerana terlalu selesa dengan bantuan yang diterima daripada kerajaan. Walhal kebanyakan daripada mereka terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi , gaji yang tidak sepadan, dan peluang kerja yang sem...

Kawan toksik senyum di depan, tikam di belakang

Imej
  Gambar: Google Gemini Kita pasti mempunyai kawan yang kelihatan rapat, tetapi sebenarnya lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat.  Inilah yang dipanggil kawan toksik , sejenis manusia yang senyum di depan tetapi di belakang menjadi punca kita tertekan, hilang keyakinan dan susah hati. Kawan toksik ini bukan nampak terang-terangan dia seorang jahat. Selalunya kita tak sedar dengan perangai toksiknya itu.  Dia suka merendah-rendahkan kita, membanding-bandingkan kehidupan kita dengan dirinya atau orang lain yang kononnya lebih baik. Ada juga yang hanya baru nampak batang hidung bila ada kepentingan contohnya mahu meminjam wang. Tidak kurang juga yang bermuka manis tetapi diam-diam tikam belakang . Perangai toksik sebegini boleh menjejaskan kesihatan mental. Walaupun nampak kecil, kesannya boleh memakan jiwa kalau dibiarkan berlarutan. Kawan toksik adalah seperti nyamuk . Kita tengah syok tidur, dia datang buat bising, hisap darah dan akhirnya kita tergaru-garu sebab...

Kalau tak pandai lebih baik diam, jangan jadi palatau

Imej
  Kita memang tidak dapat lari daripada terjumpa manusia spesies ' palatau ' yang perasan dia tahu semua benda.  Apa topik pun dia boleh sembang. Borak pasal ekonomi, dia macam pakar kewangan . Sembang pasal kesihatan, kalah doktor.  Sentuh pasal politik, macam dia penasihat kerajaan . Pendek kata, semua benda dia tahulah. Yang kelakarnya, bila pakar sebenar bagi pandangan, si palatau ni kata tak betul. Katanya, “alah, pakar pun boleh silap.”  Sedangkan dia sendiri pun jenis baca tajuk, lepas tu terus buat kesimpulan. Tulis panjang berjela tapi isi pun tak ada. Pakar psikologi panggil perangai ni sebagai Kesan Dunning-Kruger . Maksudnya, orang yang tahu sikit tetapi perasan pandai lebih daripada orang yang betul-betul belajar bertahun-tahun.  Masalahnya, kalau perangai palatau ni menular, orang lain pun boleh terpengaruh. Maklumat palsu jadi tular. Akhirnya, yang benar pun kalah dengan suara ' tong kosong ' yang lebih lantang. Harap puak palatau ni sedarlah baha...

Erti Merdeka

Imej
  Apakah merdeka itu ertinya bebas daripada hukum agama bebas daripada adat resam bebas daripada undang-undang bebas daripada batasan kesopanan bebas daripada tata susila bebas daripada norma-norma kehidupan bebas segala-galanya? Merdeka yang sebenar bererti bebas daripada penjajahan rohani dan jasmani bebas daripada pencemaran budaya dan cara hidup bebas daripada penyelewengan bebas daripada ketaksuban membuta-tuli bebas daripada kekolotan bebas daripada hasad dengki bebas daripada tikam belakang bebas daripada kepura-puraan bebas daripada kesia-siaan bebas daripada segala kedurjanaan. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Wira Merdeka

Imej
  Almarhum Mat Kilau Setiap kali 31 Ogos hadir menjelma ku hadiahkan sekalung al-Fatihah buat wira bangsa dan negara yang rela berkorban dan berjuang menuntut kemerdekaan negara tercinta.   Biarpun kini jasad pahlawan bersemadi di makam namun bakti yang disemai takkan terkubur kekal subur dan mewangi.   Kerana Allah s.w.t. kita bebas aman makmur di tanah air sendiri biarpun langit tidak selalu cerah namun lebih baik kuyup dibasahi hujan daripada hidup terbelenggu di bawah keindahan pelangi.   Tanpa pengorbanan mereka kita mungkin hanya petani yang boleh membaca rumi nelayan yang tahu menulis a,b,c kuli kepada Mat Saleh yang angkuh yang tidak pernah peduli suara hati anak pribumi .   Wira merdeka tidak laparkan sanjungan tidak dahagakan pangkat kebesaran tidak impikan harta kekayaan mereka ikhlas menabur jasa setinggi gunung seluas lautan.   Pengorbanan mereka jangan dipersia pertahankan kemerdekaan ini selagi jasad masih bernyawa selagi malam dan sia...

Akhirnya bonda tertawa

Imej
  Gambar rekaan ChatGPT Bonda muram durja Feringgi dan Belanda menakluk Melaka Inggeris licik mengikis hasil bumi kata Nippon , "Asia untuk orang Asia!" Bintang Tiga tanpa agama empat ratus empat puluh enam tahun anak-anak hidup sengsara. Bonda senyum gembira teriakan "MERDEKA!" bergema di ruang angkasa di kota dan juga di desa selamat jalan Union Jack selamat jalan God Save The Queen megah berkibar Jalur Gemilang Negaraku beralun merdu anak-anak bersatu suara. Bonda tawa riang aman dan makmur bumi bertuah Jalur Gemilang menjelajah dunia bakal membelah angkasa raya "Malaysia Boleh!" membakar semangat semoga merdeka kekal selamanya anak-anak sejahtera sentiasa. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Maruah Jalur Gemilang mesti dipertahankan

Imej
  Gambar hiasan: Pexels / Din Aziz Jalur Gemilang lebih daripada sekadar sehelai kain yang dikibarkan di bangunan kerajaan, sekolah, premis perniagaan atau rumah.  Ia adalah lambang kedaulatan negara , tanda perpaduan rakyat , dan simbol perjuangan generasi terdahulu khususnya perwira-perwira negara yang rela berkorban demi mencapai dan mempertahankan kemerdekaan .  Setiap jalur, warna dan bulan bintang yang tertera padanya membawa makna tersendiri, mencerminkan keutuhan serta jati diri bangsa Malaysia . Menghormati Jalur Gemilang bermaksud kita menghargai erti kebebasan yang dimiliki hari ini. Seharusnya, Jalur Gemilang sentiasa dijaga dengan penuh tertib.  Bendera yang lusuh atau rosak perlu diganti dan pemasangan bendera mestilah dilakukan dengan betul mengikut garis panduan yang ditetapkan.  Perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik, dalam keadaan kotor atau di tempat yang tidak sesuai boleh dianggap sebagai penghinaan dan mencalar maruah negara...

Tolonglah bertindak tegas tangani kes buli

Imej
  Buli bukan sekadar perbuatan nakal atau gurauan kasar. Perbuatan kejam itu boleh meninggalkan parut sepanjang hayat, memusnahkan masa depan, malah meragut nyawa.  Setiap kali ada mangsa baharu, kita hanya dengar ayat sama diulangi iaitu: “Siasatan sedang dijalankan”. Kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir baru-baru ini adalah tamparan besar terhadap sistem pendidikan negara.  Pelajar sekolah menengah agama di Sabah itu dilaporkan menjadi mangsa buli fizikal dan mental , namun seolah-olah tiada tindakan konkrit untuk menghentikan penderitaannya sehingga akhirnya dia terkorban. Sebelum ini, sering kedengaran janji tindakan tegas aka diambil untuk membanteras gejala buli , tetapi janji hanya tinggal janji. Kelewatan pentadbir sekolah bertindak mencetuskan persepsi seolah-olah pembuli dilindungi. Mungkin pihak sekolah ingin  menjaga reputasi dan rekod disiplin namun harga yang perlu dibayar sangat mahal sehingga meragut nyawa mangsa. Sehubungan itu, ge...