Wira Merdeka
![]() |
Almarhum Mat Kilau |
Setiap kali 31 Ogos hadir menjelma
ku hadiahkan sekalung al-Fatihah
buat wira bangsa dan negara
yang rela berkorban dan berjuang
menuntut kemerdekaan negara tercinta.
Biarpun kini jasad pahlawan
bersemadi di makam
namun bakti yang disemai takkan terkubur
kekal subur dan mewangi.
Kerana Allah s.w.t. kita bebas
aman makmur di tanah air sendiri
biarpun langit tidak selalu cerah
namun lebih baik kuyup dibasahi hujan
daripada hidup terbelenggu
di bawah keindahan pelangi.
Tanpa pengorbanan mereka kita mungkin hanya
petani yang boleh membaca rumi
nelayan yang tahu menulis a,b,c
kuli kepada Mat Saleh yang angkuh
yang tidak pernah peduli
suara hati anak pribumi.
Wira merdeka
tidak laparkan sanjungan
tidak dahagakan pangkat kebesaran
tidak impikan harta kekayaan
mereka ikhlas menabur jasa
setinggi gunung
seluas lautan.
Pengorbanan mereka jangan dipersia
pertahankan kemerdekaan ini
selagi jasad masih bernyawa
selagi malam dan siang bersilih ganti
selagi tiupan sangkakala belum berkumandang.
ku hadiahkan sekalung al-Fatihah
buat wira bangsa dan negara
yang rela berkorban dan berjuang
menuntut kemerdekaan negara tercinta.
bersemadi di makam
namun bakti yang disemai takkan terkubur
kekal subur dan mewangi.
aman makmur di tanah air sendiri
biarpun langit tidak selalu cerah
namun lebih baik kuyup dibasahi hujan
daripada hidup terbelenggu
di bawah keindahan pelangi.
petani yang boleh membaca rumi
nelayan yang tahu menulis a,b,c
kuli kepada Mat Saleh yang angkuh
yang tidak pernah peduli
suara hati anak pribumi.
tidak laparkan sanjungan
tidak dahagakan pangkat kebesaran
tidak impikan harta kekayaan
mereka ikhlas menabur jasa
setinggi gunung
seluas lautan.
pertahankan kemerdekaan ini
selagi jasad masih bernyawa
selagi malam dan siang bersilih ganti
selagi tiupan sangkakala belum berkumandang.
(Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.)
Ulasan
Catat Ulasan