Erti Merdeka
Apakah merdeka itu ertinya
bebas daripada adat resam
bebas daripada undang-undang
bebas daripada batasan kesopanan
bebas daripada tata susila
bebas daripada norma-norma kehidupan
bebas segala-galanya?
Merdeka yang sebenar bererti
bebas daripada penjajahan rohani dan jasmani
bebas daripada pencemaran budaya dan cara hidup
bebas daripada ketaksuban membuta-tuli
bebas daripada tikam belakang
bebas daripada kepura-puraan
bebas daripada kesia-siaan
bebas daripada segala kedurjanaan.
(Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.)
Ulasan
Catat Ulasan