Kawan toksik senyum di depan, tikam di belakang
Gambar: Google Gemini Kita pasti mempunyai kawan yang kelihatan rapat, tetapi sebenarnya lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. Inilah yang dipanggil kawan toksik , sejenis manusia yang senyum di depan tetapi di belakang menjadi punca kita tertekan, hilang keyakinan dan susah hati. Kawan toksik ini bukan nampak terang-terangan dia seorang jahat. Selalunya kita tak sedar dengan perangai toksiknya itu. Dia suka merendah-rendahkan kita, membanding-bandingkan kehidupan kita dengan dirinya atau orang lain yang kononnya lebih baik. Ada juga yang hanya baru nampak batang hidung bila ada kepentingan contohnya mahu meminjam wang. Tidak kurang juga yang bermuka manis tetapi diam-diam tikam belakang . Perangai toksik sebegini boleh menjejaskan kesihatan mental. Walaupun nampak kecil, kesannya boleh memakan jiwa kalau dibiarkan berlarutan. Kawan toksik adalah seperti nyamuk . Kita tengah syok tidur, dia datang buat bising, hisap darah dan akhirnya kita tergaru-garu sebab...