Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sikap

Susah sangatkah berhenti bila pejalan kaki melintas?

Imej
  Pada satu pagi, kelihatan seorang murid sekolah sedang terkial-kial untuk melintas jalan. Walaupun lintasan pejalan kaki yang berwarna kuning jelas terhampar, tiada sebuah kenderaan pun yang berhenti untuk memberi laluan kepadanya. Mujurlah seorang pemandu yang agak berusia berhenti supaya murid itu dapat melintas. Malangnya, pemandu yang budiman itu menjadi sasaran pemandu-pemandu lain di belakang untuk melepaskan geram. Bunyi hon bertalu-talu seolah-olah mendesak pemandu yang sudah melepasi usia separuh abad itu segera menggerakkan kenderaannya. Namun dia tetap enggan berganjak selagi murid sekolah terbabit dapat melintas dengan selamat ke seberang. Dia tidak takut kerana apa yang dilakukannya adalah selaras dengan undang-undang jalan raya . 'Kisah benar' ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pemandu benar-benar mematuhi undang-undang jalan raya berkaitan hak pejalan kaki untuk melintas.  Malangnya, semakin ramai pemandu yang bersikap biadab dan mementingkan diri...

Jalan raya bukan tong sampah, sila bawa otak semasa memandu

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Setiap hari, di mana-mana jalan raya , ada sahaja spesies manusia tak bertamadun yang selamba membuang sampah keluar dari kenderaan mereka.  Plastik minuman , tisu , puntung rokok , malah sisa makanan , semua dilambakkan ke jalan seolah-olah jalan itu hak persendirian mereka.  Agaknya mereka fikir ada tukang sapu peribadi yang akan bersihkan segala kekotoran yang mereka tinggalkan di atas jalan raya.  Paling menjengkelkan, ada yang kononnya memandu kereta mewah , tetapi mentaliti lebih hina daripada sampah yang mereka buang.  Apa gunanya pakai kereta berkilat, berpakaian segak, tapi akhlak serupa manusia zaman batu ?  Malu sungguh melihat segelintir rakyat Malaysia yang masih mengamalkan budaya kotor ini, seolah-olah tak pernah diajar adab sejak kecil.   Tak cukup dengan itu, ada yang lebih jijik iaitu membuang lampin bayi penuh najis tanpa sedikit pun rasa bersalah.  Bila terpercik ke kereta lain atau mengotorkan j...