Jadilah penulis yang diam ubi tetapi berisi
Dalam era media sosial yang sarat dengan mengagungkan kejayaan, paparan gaya hidup hedonistik dan lapar perhatian, kita sering terlupa bahawa tentang nilai-nilai murni seperti sifat rendah hati , bekerja keras, menjaga maruah dan membina jati diri secara senyap. Dalam hal ini, banyak yang kita boleh belajar daripada sifat ubi. Tanaman ini tidak dapat dilihat tumbesarannya kerana ubi terbenam di dalam tanah. Kita hanya dapat melihat ubi yang berisi setelah hasilnya dituai dari tanah apabila cukup masanya. Besar atau kecil ubi bergantung kepada faktor kesuburan tanah dan bagaimana kita membaca serta membelainya. Menghayati falsafah diam ubi berisi bukan bermaksud kita pendamkan sahaja bakat yang dianugerahkan Allah SWT . Seperti ubi, tonjolkan bakat apabila tiba masanya agar dapat dikongsi bersama dengan mahkluk-makhluk Allah yang lain. Contohnya, kita berbakat dalam bidang penulisan. Sebelum mula menulis untuk khalayak, kita seharusnya 'bertapa' dahulu dengan meng...