Jalan raya bukan tong sampah, sila bawa otak semasa memandu
Gambar hiasan: ChatGPT Setiap hari, di mana-mana jalan raya , ada sahaja spesies manusia tak bertamadun yang selamba membuang sampah keluar dari kenderaan mereka. Plastik minuman , tisu , puntung rokok , malah sisa makanan , semua dilambakkan ke jalan seolah-olah jalan itu hak persendirian mereka. Agaknya mereka fikir ada tukang sapu peribadi yang akan bersihkan segala kekotoran yang mereka tinggalkan di atas jalan raya. Paling menjengkelkan, ada yang kononnya memandu kereta mewah , tetapi mentaliti lebih hina daripada sampah yang mereka buang. Apa gunanya pakai kereta berkilat, berpakaian segak, tapi akhlak serupa manusia zaman batu ? Malu sungguh melihat segelintir rakyat Malaysia yang masih mengamalkan budaya kotor ini, seolah-olah tak pernah diajar adab sejak kecil. Tak cukup dengan itu, ada yang lebih jijik iaitu membuang lampin bayi penuh najis tanpa sedikit pun rasa bersalah. Bila terpercik ke kereta lain atau mengotorkan j...