Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pilihan raya

Mengundilah di mana anda tinggal, tak perlu balik kampung

Imej
  Gambar hiasan: FB SPR Setiap kali tiba musim pilihan raya, satu soalan sering berlegar dalam kalangan kita: "Balik mengundi ke tidak?"  Masih ramai yang berhijrah dari tempat asal mereka belum menukar alamat pada kad pengenalan masing-masing, justeru menyebabkan nama mereka didaftarkan sebagai pengundi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar lokasi tempat tinggal terkini. Misalnya, ada individu yang berdaftar sebagai pengundi di Sabah sedangkan dia sudah bertahun-tahun bermastautin di Kuala Lumpur . Balik kampung pun mungkin setahun sekali sahaja pada musim perayaan. Malah, mungkin sudah lama tidak balik kampung setelah ibu bapa meninggal dunia. Dalam hal ini, adalah tidak adil sekiranya pengundi terbabit memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen dan DUN yang di luar kawasan mereka bermastautin. Jika calon yang mereka undi itu menang, boleh dikatakan beliau tidak benar-benar mewakili suara seluruh anggota masyarakat yang tinggal di kawasannya. Lebih-l...

Peratusan keluar mengundi PRU kurang memberangsangkan, apa puncanya?

Imej
Gambar hiasan: FB SPR Peratusan keluar mengundi sejak Pilihan Raya Umum ( PRU ) yang pertama hingga ke-15 menunjukkan aliran turun dan naik. Secara keseluruhan, jumlah yang keluar mengundi semakin meningkat dari satu PRU ke yang berikutnya. Statistik jumlah dan peratusan keluar mengundi adalah seperti berikut: PRU1 (1959): 1,558,741 pengundi (73.3%) PRU2 (1964): 2,181,225 pengundi (78.9%) PRU3 (1969): 2,775,450 pengundi (73.6%) PRU4 (1974): 3,719,806 pengundi (75.1%) PRU5 (1978): 4,195,314 pengundi (75.3%) PRU6 (1982): 4,740,260 pengundi (75.4%) PRU7 (1986): 5,520,626 pengundi (73.3%) PRU8 (1990): 6,176,182 pengundi (72.3%) PRU9 (1995): 6,699,849 pengundi (68.3%) PRU10 (1999): 7,944,274 pengundi (69.3%) PRU11 (2004): 9,756,760 pengundi (73.9%) PRU12 (2008): 10,922,139 pengundi (76.0%) PRU13 (2013): 11,054,577 pengundi (84.8%) PRU14 (2018): 12,299,514 pengundi (82.3%) PRU15 (2022): 14,823,154 pengundi (74.0%) Dapat diperhatikan bahawa PRU13 mencatatkan peratusan tertingg...