Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bazir

Mengapa membazir untuk meraikan Aidilfitri?

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Ketika Ramadan hampir melabuhkan tirainya, demam persiapan Aidilfitri pun mula melanda. Bazar penuh sesak, troli melimpah dengan barangan, dan pusat beli-belah digenangi lautan manusia.  Seolah-olah Aidilfitri tidak akan lengkap tanpa perbelanjaan besar-besaran.   Mungkin baju baharu adalah satu keperluan, tetapi adakah perlu setiap ahli keluarga mempunyai lebih daripada satu pasang?  Kuih raya tersusun cantik di meja, tetapi berapa banyak yang benar-benar dimakan sebelum akhirnya berkulat dan terpaksa dibuang?  Langsir diganti setiap tahun walaupun yang lama masih elok, perabot baru dibeli demi “seri rumah terbuka ,” malah ada yang sanggup menukar kereta supaya nampak gah di kampung.   Sikap ini berulang setiap tahun, seolah-olah Aidilfitri menjadi pesta kemewahan dan bukannya perayaan kesyukuran . Ramadan mengajar kita erti kesederhanaan, tetapi sebaik sahaja takbir raya berkumandang, segala-galanya berubah.  Huta...