Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel komunis

Ketua Polis Perak terkorban akibat serangan kejam pengganas komunis

Imej
  Pada 13 November 1975 , kota Ipoh digemparkan dengan kejadian berdarah. Ketua Polis Perak ketika itu, Tan Sri Koo Chong Kong ,  menjadi sasaran serangan kejam oleh pengganas komunis dalam insiden yang meragut nyawa beliau serta dua anggota pengiringnya.   Sebelum berkhidmat di Perak, Chong Kong telah mencurahkan bakti di Sarawak sebagai seorang pegawai polis. Ketokohan dan ketegasannya dalam menumpaskan ancaman komunis membuatkan beliau dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk menerajui pasukan keselamatan di Perak. Namun, keberanian dan kecekapan beliau menjadikannya musuh utama kepada pengganas komunis yang semakin terdesak.   Pada tengah hari itu, Chong Kong bersama pemandunya serta pengiring, Sarjan Yeung Peng Chong , dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Tower dari Jalan Raja DiHilir . Ketika kenderaan rasmi mereka berhenti di lampu isyarat di Jalan Hospital , tiba-tiba dua lelaki bermotosikal menghampiri dari sisi. Mereka kelihatan se...

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Imej
Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu . Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang .  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan te...