Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Malaysia

Rukun Negara bukan sekadar lafaz ikrar

Imej
  Oleh: Anuar Shaari Rukun Negara adalah kerangka nilai kebangsaan yang lahir dari pengalaman sejarah tentang rapuhnya perpaduan. Selepas peristiwa 13 Mei 1969 , negara diisytihar darurat. Parlimen digantung dan ditadbir oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Justeru, usaha pemulihan perpaduan digerakkan melalui Majlis Perundingan Negara serta penubuhan Jawatankuasa Rukun Negara. Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara diisytiharkan dengan lima cita-cita besar dan lima prinsip sebagai asas kehidupan bernegara. Realiti hari ini, cabaran perpaduan memenuhi ruang kehidupan kita. Ruang digital, di sekolah, di tempat kerja, dan dalam cara kita mentafsir ‘hak’ serta ‘tanggungjawab’. Kementerian Perpaduan Negara melalui Dasar Perpaduan Negara menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara adalah tunjang kepada teras dan strategi perpaduan. Ini termasuk meningkatkan literasi dan penghayatan sebagai asas amalan hidup. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025 pula mengingatkan ...

Berhemah di jalan raya amalan kita

Imej
Berhemah di jalan raya bukan sekadar slogan, sebaliknya amalan itu adalah budaya yang mencerminkan siapa kita sebagai sebuah masyarakat. Apabila kita memandu dengan tenang dan sabar, kita sebenarnya menjaga keselamatan diri sendiri serta orang lain di sekeliling kita. Sikap berhemah bermula dengan perkara kecil seperti memberi isyarat ketika menukar lorong, berhenti di lintasan pejalan kaki , dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu . Walaupun nampak remeh, tindakan ini mampu mengelakkan kemalangan dan menyelamatkan nyawa . Pemandu yang berhemah juga tahu bahawa jalan raya adalah ruang bersama, bukan milik peribadi, maka menghormati hak pengguna lain adalah kewajipan. Dalam keadaan sesak, sikap sabar dan tidak mudah marah menjadikan perjalanan lebih lancar dan suasana lebih harmoni. Selain itu, menjaga kenderaan agar sentiasa dalam keadaan baik juga adalah sebahagian daripada amalan berhemah kerana ia memastikan pemanduan lebih selamat. Berhemah di jalan raya bukan sahaja...

Cegahlah diabetes sebelum terlambat

Imej
Diabetes kini menjadi antara masalah kesihatan paling serius di Malaysia. Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), lebih satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap penyakit tersebut.  Angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding sedekad lalu, menandakan tahap kesedaran masyarakat terhadap ancaman diabetes masih belum memadai. Penyakit diabetes bukan sahaja berpunca daripada faktor genetik , tetapi turut berkait rapat dengan gaya hidup moden.  Pemakanan tinggi gula dan karbohidrat, kurang aktiviti fizikal serta tekanan hidup menjadi punca utama peningkatan kes diabetes.  Lebih membimbangkan, ramai pesakit tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah muncul komplikasi serius seperti masalah penglihatan , kegagalan buah pinggang , dan serangan jantung . Kerajaan melalui KKM dan pelbagai agensi kesihatan giat melaksanakan kempen kesedaran seperti Hari Diabetes Sedunia dan program saringan kesihatan percuma di seluruh negara.  Inisiati...

Netizen Malaysia pemalas, jenis suka baca tajuk

Imej
  Ada sejenis penyakit aneh yang semakin menular di Malaysia iaitu penyakit “suka baca tajuk, malas baca isi.” Kalau dibuat kajian rasmi, mungkin sudah mencapai tahap kronik. Setiap kali ada artikel berita, posting Facebook , atau ciapan X yang panjang sikit, majoriti netizen terus berhenti pada ayat pertama.  Tajuk dah cukup. Tak perlu baca habis. Asal nampak nama pemimpin politik atau artis kegemaran, terus komen seperti pakar paling arif di alam maya. Lebih lucu bila ramai yang marah-marah tentang sesuatu yang sebenarnya langsung tak disebut dalam artikel. Kalau buka ruangan komen, boleh nampak komen-komen semberono. Ada yang menyumpah seranah, ada yang keluarkan fatwa sendiri, dan ada yang buat teori konspirasi melebihi skrip filem Bollywood . Merekalah yang paling hebat dalam semua perkara. Yang lebih membimbangkan, tabiat malas membaca ini bukan setakat dalam hal hiburan atau gosip. Bila bab ilmu, ekonomi , agama, atau isu negara, sikap sama terbawa-bawa.  Asal a...

Peliharalah keharmonian masyarakat berbilang kaum sebaik-baiknya

Imej
  Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang unik kerana keupayaannya mengekalkan keharmonian dalam kepelbagaian kaum, agama dan budaya .  Sejak merdeka , rakyat pelbagai latar belakang hidup bersama dengan semangat saling menghormati, menjadikan Malaysia contoh kepada dunia tentang bagaimana perbezaan boleh menjadi kekuatan, bukan kelemahan.  Namun, keharmonian ini tidak datang dengan mudah kerana ia adalahhasil usaha berterusan untuk memahami, menghormati dan menerima antara satu sama lain. Menjaga keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum amat penting kerana ia menjadi asas kestabilan negara. Tanpa keharmonian, segala usaha pembangunan ekonomi, pendidikan dan sosial akan terganggu.  Apabila wujud persefahaman antara kaum, rakyat dapat hidup dalam suasana aman dan tenteram, seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara secara kolektif.  Keamanan sosial inilah yang membolehkan Malaysia terus bergerak ke hadapan sebagai negara maju berteraskan nilai kemanus...

Puak acah-acah elit jangan sombong hina B40

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Golongan B40 merangkumi hampir separuh daripada rakyat Malaysia. Mereka bekerja keras sebagai pemandu bas, nelayan, pekerja kedai, pekerja kilang dan ribuan lagi bidang lain yang sering dipandang remeh tetapi penting.  Walaupun pendapatan yang diterima mereka kecil, jasa mereka besar kerana golongan tersebutlah yang menggerakkan sektor asas ekonomi negara . Namun, kesombongan golongan acah-acah elit terhadap B40 yang banyak menerima bantuan kerajaan akhir-akhir ini semakin ketara.  Ramai yang bersikap biadab melemparkan kata-kata berunsur penghinaan hanya kerana melihat kehidupan golongan B40 tidak setaraf dengan mereka.  Seolah-olah menjadi miskin itu satu kesalahan, kononnya golongan B40 tidak berusaha untuk menambah baik taraf hidup kerana terlalu selesa dengan bantuan yang diterima daripada kerajaan. Walhal kebanyakan daripada mereka terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi , gaji yang tidak sepadan, dan peluang kerja yang sem...

Erti Merdeka

Imej
  Apakah merdeka itu ertinya bebas daripada hukum agama bebas daripada adat resam bebas daripada undang-undang bebas daripada batasan kesopanan bebas daripada tata susila bebas daripada norma-norma kehidupan bebas segala-galanya? Merdeka yang sebenar bererti bebas daripada penjajahan rohani dan jasmani bebas daripada pencemaran budaya dan cara hidup bebas daripada penyelewengan bebas daripada ketaksuban membuta-tuli bebas daripada kekolotan bebas daripada hasad dengki bebas daripada tikam belakang bebas daripada kepura-puraan bebas daripada kesia-siaan bebas daripada segala kedurjanaan. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Wira Merdeka

Imej
  Almarhum Mat Kilau Setiap kali 31 Ogos hadir menjelma ku hadiahkan sekalung al-Fatihah buat wira bangsa dan negara yang rela berkorban dan berjuang menuntut kemerdekaan negara tercinta.   Biarpun kini jasad pahlawan bersemadi di makam namun bakti yang disemai takkan terkubur kekal subur dan mewangi.   Kerana Allah s.w.t. kita bebas aman makmur di tanah air sendiri biarpun langit tidak selalu cerah namun lebih baik kuyup dibasahi hujan daripada hidup terbelenggu di bawah keindahan pelangi.   Tanpa pengorbanan mereka kita mungkin hanya petani yang boleh membaca rumi nelayan yang tahu menulis a,b,c kuli kepada Mat Saleh yang angkuh yang tidak pernah peduli suara hati anak pribumi .   Wira merdeka tidak laparkan sanjungan tidak dahagakan pangkat kebesaran tidak impikan harta kekayaan mereka ikhlas menabur jasa setinggi gunung seluas lautan.   Pengorbanan mereka jangan dipersia pertahankan kemerdekaan ini selagi jasad masih bernyawa selagi malam dan sia...

Akhirnya bonda tertawa

Imej
  Gambar rekaan ChatGPT Bonda muram durja Feringgi dan Belanda menakluk Melaka Inggeris licik mengikis hasil bumi kata Nippon , "Asia untuk orang Asia!" Bintang Tiga tanpa agama empat ratus empat puluh enam tahun anak-anak hidup sengsara. Bonda senyum gembira teriakan "MERDEKA!" bergema di ruang angkasa di kota dan juga di desa selamat jalan Union Jack selamat jalan God Save The Queen megah berkibar Jalur Gemilang Negaraku beralun merdu anak-anak bersatu suara. Bonda tawa riang aman dan makmur bumi bertuah Jalur Gemilang menjelajah dunia bakal membelah angkasa raya "Malaysia Boleh!" membakar semangat semoga merdeka kekal selamanya anak-anak sejahtera sentiasa. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Maruah Jalur Gemilang mesti dipertahankan

Imej
  Gambar hiasan: Pexels / Din Aziz Jalur Gemilang lebih daripada sekadar sehelai kain yang dikibarkan di bangunan kerajaan, sekolah, premis perniagaan atau rumah.  Ia adalah lambang kedaulatan negara , tanda perpaduan rakyat , dan simbol perjuangan generasi terdahulu khususnya perwira-perwira negara yang rela berkorban demi mencapai dan mempertahankan kemerdekaan .  Setiap jalur, warna dan bulan bintang yang tertera padanya membawa makna tersendiri, mencerminkan keutuhan serta jati diri bangsa Malaysia . Menghormati Jalur Gemilang bermaksud kita menghargai erti kebebasan yang dimiliki hari ini. Seharusnya, Jalur Gemilang sentiasa dijaga dengan penuh tertib.  Bendera yang lusuh atau rosak perlu diganti dan pemasangan bendera mestilah dilakukan dengan betul mengikut garis panduan yang ditetapkan.  Perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik, dalam keadaan kotor atau di tempat yang tidak sesuai boleh dianggap sebagai penghinaan dan mencalar maruah negara...

Tolonglah bertindak tegas tangani kes buli

Imej
  Buli bukan sekadar perbuatan nakal atau gurauan kasar. Perbuatan kejam itu boleh meninggalkan parut sepanjang hayat, memusnahkan masa depan, malah meragut nyawa.  Setiap kali ada mangsa baharu, kita hanya dengar ayat sama diulangi iaitu: “Siasatan sedang dijalankan”. Kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir baru-baru ini adalah tamparan besar terhadap sistem pendidikan negara.  Pelajar sekolah menengah agama di Sabah itu dilaporkan menjadi mangsa buli fizikal dan mental , namun seolah-olah tiada tindakan konkrit untuk menghentikan penderitaannya sehingga akhirnya dia terkorban. Sebelum ini, sering kedengaran janji tindakan tegas aka diambil untuk membanteras gejala buli , tetapi janji hanya tinggal janji. Kelewatan pentadbir sekolah bertindak mencetuskan persepsi seolah-olah pembuli dilindungi. Mungkin pihak sekolah ingin  menjaga reputasi dan rekod disiplin namun harga yang perlu dibayar sangat mahal sehingga meragut nyawa mangsa. Sehubungan itu, ge...

Tentera Bawang Malaysia jangan cepat melatah

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Fenomena " Tentera Bawang " dalam kalangan netizen Malaysia semakin menjadi-jadi. Hanya dengan melihat satu klip video, membaca satu tajuk berita atau melihat satu tangkap layar, mereka sudah cukup yakin untuk menghakimi, mencaci, menghina dan memalukan orang lain.  Seolah-olah mereka tahu segala-galanya. Seolah-olah mereka berada di tempat kejadian, menyaksikan setiap detik. Hakikatnya, mereka hanya menonton skrin telefon dan menekan papan kekunci tanpa usul periksa. Apa yang lebih menyedihkan, perbuatan ini bukan lagi sekadar menulis ‘komen pedas’ tetapi sudah melarat kepada buli siber . Individu yang menjadi mangsa kecaman bukan sahaja menanggung malu, malah ada yang mengalami tekanan emosi yang serius.  Ada yang kehilangan pekerjaan, hilang keyakinan diri dan tidak kurang juga yang terpaksa menutup akaun media sosial kerana tidak tahan dihujani kata-kata kesat dan penghinaan melampau. Ini bukan lagi soal kebebasan bersuara, tetapi kebebasan m...

Aidilfitri cuma sehari, kenapa terlajak raya sampai sebulan?

Imej
  Gambar hiasan: Grok Aidilfitri merupakan hari kemenangan bagi umat Islam setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan . Ia adalah hari yang penuh dengan kegembiraan, di mana umat Islam berkumpul bersama keluarga, menunaikan solat sunat Aidilfitri dan saling bermaafan.  Hakikatnya Aidilfitri hanya berlangsung sehari sahaja, tetapi masyarakat kini meraikannya sehingga sebulan penuh dengan pelbagai majlis rumah terbuka, jamuan mewah dan perbelanjaan yang melampaui batas.   Kecenderungan menyambut Aidilfitri secara berlebihan sering kali membawa kepada pembaziran. Makanan yang disediakan dalam kuantiti yang terlalu banyak akhirnya dibuang begitu sahaja.  Perbelanjaan untuk hiasan rumah, pakaian baharu dan juadah istimewa juga sering kali melebihi keperluan sebenar. Dalam keseronokan meraikan lebaran, ramai yang tidak menyedari bahawa budaya ini bertentangan dengan semangat asal Aidilfitri yang menuntut umat Islam untuk kembali kepada fitrah dan bersederhana dalam s...

Apakah maksud perintah larangan atau gag order?

Imej
  Gambar hiasan: Valentine Angel Fernandez / Pexels Perintah larangan ( gag order ) adalah satu arahan mahkamah yang bertujuan menghalang penyebaran maklumat berkaitan sesuatu kes kepada umum.  Di Malaysia, perintah larangan sering digunakan dalam kes-kes berprofil tinggi untuk melindungi keadilan perbicaraan dan menjaga privasi pihak yang terlibat.   Perintah ini bertujuan memastikan maklumat sensitif tidak mempengaruhi pendapat awam sebelum keputusan mahkamah diumumkan. Ia juga penting dalam kes yang melibatkan kanak-kanak, mangsa jenayah seksual, atau individu berprofil tinggi.  Walaupun niat asalnya adalah baik, penggunaan perintah larangan sering menjadi perdebatan, terutamanya apabila dilihat menyekat kebebasan bersuara dan hak media untuk melaporkan sesuatu isu.   Dalam konteks kebebasan media, perintah larangan boleh dianggap sebagai halangan kepada akses maklumat. Walau bagaimanapun, ia juga dilihat sebagai satu keperluan untuk menjaga integr...

Apa yang kita patut tahu mengenai titah adendum

Imej
  Istana Negara (Gambar hiasan: Pexels) Titah adendum merujuk kepada satu bentuk arahan tambahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi, seperti Yang di-Pertuan Agong , untuk menjelaskan, melengkapkan, atau meminda keputusan sedia ada.  Dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan , titah adendum adalah dokumen rasmi yang mempunyai implikasi besar terhadap dasar, perlaksanaan, atau keputusan tertentu. Asal usul istilah ini berasal daripada gabungan dua perkataan, “titah” yang merujuk kepada perintah atau arahan rasmi daripada pihak diraja, dan “adendum” yang bermaksud penambahan atau lampiran kepada dokumen yang telah wujud.  Dalam sistem kerajaan beraja , titah seperti ini sering menjadi alat penting untuk menyampaikan keputusan atau arahan yang lebih terperinci selepas perbincangan atau mesyuarat rasmi. Salah satu aspek penting mengenai titah adendum ialah ia bukan sekadar simbolik. Arahan ini mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat pihak-pihak berk...