Sampai bila nak guna alasan brek rosak?
Gambar: Bomba Perak Setiap kali berlaku kemalangan maut melibatkan bas, timbul pelbagai cadangan daripada kerajaan kononnya sebagai langkah proaktif bagi mencegah insiden serupa berulang. Contohnya, memasang alat membataskan kelajuan, meletakkan penguat kuasa JPJ yang menyamar sebagai orang awam di dalam bas serta menyenarai hitam pemandu dan syarikat bas terbabit. Semua cadangan itu memang bagus sekiranya ia dilaksanakan secara serius dan konsisten. Malangnya, apa yang sering kita lihat cadangan-cadangan itu sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setelah tragedi kemalangan maut lama berlalu, keadaan kembali seperti biasa dan pemandu bas kembali ke perangai asal yang membahayakan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain. Insiden terkini melibatkan bas yang dinaiki sekumpulan pelajar UPSI sehingga mengorbankan 15 nyawa yang masih muda boleh dicegah sekiranya pihak berkuasa benar-benar serius dalam menguatkuasakan undang-undang. Lebih mengejutkan, pemandu terbabit mempunyai 18 sam...