Kalau tak pandai lebih baik diam, jangan jadi palatau
Kita memang tidak dapat lari daripada terjumpa manusia spesies ' palatau ' yang perasan dia tahu semua benda. Apa topik pun dia boleh sembang. Borak pasal ekonomi, dia macam pakar kewangan . Sembang pasal kesihatan, kalah doktor. Sentuh pasal politik, macam dia penasihat kerajaan . Pendek kata, semua benda dia tahulah. Yang kelakarnya, bila pakar sebenar bagi pandangan, si palatau ni kata tak betul. Katanya, “alah, pakar pun boleh silap.” Sedangkan dia sendiri pun jenis baca tajuk, lepas tu terus buat kesimpulan. Tulis panjang berjela tapi isi pun tak ada. Pakar psikologi panggil perangai ni sebagai Kesan Dunning-Kruger . Maksudnya, orang yang tahu sikit tetapi perasan pandai lebih daripada orang yang betul-betul belajar bertahun-tahun. Masalahnya, kalau perangai palatau ni menular, orang lain pun boleh terpengaruh. Maklumat palsu jadi tular. Akhirnya, yang benar pun kalah dengan suara ' tong kosong ' yang lebih lantang. Harap puak palatau ni sedarlah baha...