Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hutang

Apa yang patut anda lakukan jika kawan liat bayar hutang?

Imej
  Bayangkan situasi ini: Anda hulur RM200 sebab konon-kononnya dia "terdesak", nak bayar bil, katanya. Dua minggu kemudian, dia muat naik gambar bercuti di Langkawi siap dengan kapsyen " healing itu penting ". Anda pun terfikir, "Banyak la kau punya healing. Aku pun tengah pokai ni". Menghadapi rakan yang liat membayar hutang memang menguji tahap kesabaran, iman, dan kadangkala tahap gaji sendiri. Tetapi jangan risau. Ada beberapa cara yang boleh dipertimbangkan bila berdepan dengan spesies manusia yang liat bayar hutang. Pertama sekali, cuba gunakanpendekatan mesra. Tegur secara bersahaja. Contohnya, “Eh, kau dah tengok bil elektrik aku belum? Macam sama je dengan jumlah hutang kau tu.” Sambil gelak-gelak, kononnya bergurau. Kalau dia gelak sama, maksudnya dia sedar.  Kalau gaya lembut tak menjadi, naikkan sikit gear. Gunakan taktik pasif-agresif . Contohnya, bila dia ajak keluar makan, jawab, “Sorry bro, poket kempis . Ada orang belum bayar hutang.” H...

Biarlah kereta buruk asalkan tak pening bayar hutang

Imej
Gambar hiasan: Justiniano Adriano / Pexels "Kau pakai kereta apa sekarang?" Soalan itu kerap timbul setiap kali kita berjumpa dengan kawan-kawan lama. Entah dari mana asal-usul soalan cepumas itu, tidak dapat diketahui. Tidak kurang juga ada yang memandang lekeh terhadap mereka yang memiliki kereta lama atau terpakai. Manakala mereka yang berkereta baharu atau yang canggih seperti EV dengan bangganya menayangkan kunci kereta di atas meja restoran mamak. Apakah benar jenis kereta yang dimiliki menjadi ukuran kejayaan dan kekayaan seseorang? Sehingga menyebabkan mereka yang menggelarkan diri sebagai pempengaruh sanggup bergolok gadai malah menipu untuk menunjukkan mereka mampu memiliki kereta mewah. Kegilaan seperti ini mesti dihentikan kerana hanya boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam jurang kepapaan. Belilah kereta ikut kemampuan poket sendiri, bukan untuk menayang-nayangkan kepada saudara -mara dan rakan-rakan kononnya sekarang kita sudah berjaya. Apa guna be...