Menghormati pemimpin amalan yang terpuji
Gambar hiasan. Kita semua sedia maklum bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan sesuatu kumpulan, organisasi atau negara. Pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab membuat keputusan yang memberi kesan kepada banyak pihak, malah menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada rakyat. Oleh itu, menghormati pemimpin merupakan amalan terpuji yang menggambarkan nilai murni, adab dan kematangan dalam diri seseorang individu. Menghormati pemimpin tidak bermakna kita perlu menyanjung mereka secara membuta tuli. Sebaliknya, rasa hormat itu adalah berasaskan kepada pengiktirafan terhadap tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka galas. Pemimpin yang jujur dan amanah berhak dihormati atas usaha mereka membimbing masyarakat ke arah kebaikan. Sikap hormat ini juga mencerminkan keutuhan moral rakyat dalam menegakkan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang menjadi tunjang kepada keharmonian sosial. Pada masa yang sama, rasa horma...