Kawan toksik senyum di depan, tikam di belakang

 

Gambar: Google Gemini


Kita pasti mempunyai kawan yang kelihatan rapat, tetapi sebenarnya lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat. 

Inilah yang dipanggil kawan toksik, sejenis manusia yang senyum di depan tetapi di belakang menjadi punca kita tertekan, hilang keyakinan dan susah hati.

Kawan toksik ini bukan nampak terang-terangan dia seorang jahat. Selalunya kita tak sedar dengan perangai toksiknya itu. 

Dia suka merendah-rendahkan kita, membanding-bandingkan kehidupan kita dengan dirinya atau orang lain yang kononnya lebih baik.

Ada juga yang hanya baru nampak batang hidung bila ada kepentingan contohnya mahu meminjam wang. Tidak kurang juga yang bermuka manis tetapi diam-diam tikam belakang.

Perangai toksik sebegini boleh menjejaskan kesihatan mental. Walaupun nampak kecil, kesannya boleh memakan jiwa kalau dibiarkan berlarutan.

Kawan toksik adalah seperti nyamuk. Kita tengah syok tidur, dia datang buat bising, hisap darah dan akhirnya kita tergaru-garu sebab gatal. 

Cara terbaik baik berdepan dengan kawan sebegini adalah dengan menjauhkan diri daripadanya, bukan dengan bergaduh atau membalas ketoksikannya.

Tak rugi pun kalau hilang seorang kawan yang toksik. Malah, hidup kita pasti berasa lebih aman damai dan tenteram.

Berkawanlah dengan mereka yang membuatkan kita tenang dan gembira, bukan dengan si toksik yang memeningkan kepala.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah adendum

Apakah maksud perintah larangan atau gag order?

Sampai bila nak guna alasan brek rosak?