Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel media sosial

Netizen Malaysia pemalas, jenis suka baca tajuk

Imej
  Ada sejenis penyakit aneh yang semakin menular di Malaysia iaitu penyakit “suka baca tajuk, malas baca isi.” Kalau dibuat kajian rasmi, mungkin sudah mencapai tahap kronik. Setiap kali ada artikel berita, posting Facebook , atau ciapan X yang panjang sikit, majoriti netizen terus berhenti pada ayat pertama.  Tajuk dah cukup. Tak perlu baca habis. Asal nampak nama pemimpin politik atau artis kegemaran, terus komen seperti pakar paling arif di alam maya. Lebih lucu bila ramai yang marah-marah tentang sesuatu yang sebenarnya langsung tak disebut dalam artikel. Kalau buka ruangan komen, boleh nampak komen-komen semberono. Ada yang menyumpah seranah, ada yang keluarkan fatwa sendiri, dan ada yang buat teori konspirasi melebihi skrip filem Bollywood . Merekalah yang paling hebat dalam semua perkara. Yang lebih membimbangkan, tabiat malas membaca ini bukan setakat dalam hal hiburan atau gosip. Bila bab ilmu, ekonomi , agama, atau isu negara, sikap sama terbawa-bawa.  Asal a...

Pempengaruh vs pakar: Siapakah yang lebih dipercayai?

Imej
  Pada masa ini, ramai dalam kalangan masyarakat yang lebih mempercayai pempengaruh yang bercakap dengan yakin di depan kamera berbanding seorang pakar yang mahir dan berpengetahuan dalam bidangnya.  Kita sedang menyaksikan satu fenomena yang luar biasa iaitu kebangkitan pengaruh individu biasa yang mampu membentuk pandangan awam, kadangkala lebih berkesan daripada profesor, doktor atau pemimpin. Pempengaruh bukan lagi sekadar selebriti media sosial yang mempromosi produk kecantikan atau gaya hidup. Mereka kini bercakap tentang kesihatan, politik, kewangan, pendidikan dan agama.  Ada yang menyampaikan maklumat berguna, namun tidak kurang juga yang menyebarkan maklumat salah, kurang tepat atau sangat berat sebelah tanpa tapisan dan semakan fakta. Mengapa semakin ramai percaya pada pempengaruh dan bukannya pakar? Pertama, penyampaian mereka lebih mudah difahami. Bahasa yang digunakan mesra, ringkas dan santai.  Tambahan pula, mereka sentiasa ada di telefon pintar kit...

Bagaimana fenomena pempengaruh mengubah dunia pemasaran?

Imej
Gambar hiasan: ChatGPT Dalam era digital, fenomena pempengaruh atau influencer kini menjadi salah satu elemen utama dalam dunia pemasaran moden . Pempengaruh, atau individu yang mempunyai pengaruh besar di media sosial , memainkan peranan penting dalam membentuk pendapat pengguna, mempromosikan jenama , dan mendorong keputusan pembelian.  Fenomena ini telah mengubah cara syarikat dan jenama berkomunikasi dengan pelanggan mereka.   Berbeza dengan pendekatan pemasaran tradisional seperti iklan televisyen atau cetakan, pemasaran melalui pempengaruh menawarkan hubungan yang lebih personal dan organik dengan pengguna.  Pempengaruh sering kali dikenali sebagai individu yang dipercayai dalam kalangan pengikut mereka.  Sama ada mereka berkongsi ulasan produk, gaya hidup, atau pengalaman peribadi, keaslian yang dipaparkan oleh pempengaruh ini menjadikan mesej mereka lebih mudah diterima oleh audiens.   Salah satu kelebihan utama fenomena ini adalah keupayaan ...