Pemandu mabuk lebih berbahaya daripada bunyi bising RXZ
Baru-baru ini, DAP Melaka lantang bersuara membantah penganjuran Himpunan RXZ di bumi Hang Tuah itu. Kata mereka, deruman enjin motosikal yang kuat mengganggu ketenteraman masyarakat.
Kenyataan kurang masak DAP Melaka itu dibalas dengan kecaman daripada netizen. Mereka mempersoalkan di mana suara pemimpin-pemimpin DAP apabila berlaku insiden kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk.
Dalam hal ini, netizen berada di pihak yang benar. Sudah selalu sangat kita melihat kemalangan maut meragut nyawa mangsa-mangsa yang tidak berdosa sedangkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk masih bernyawa.
Sudah lama rakyat bersuara mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu mabuk selain melaksanakan undang-undang yang ketat bagi mengekang gejala yang merosakkan keluarga, masyarakat dan negara ini.
Malangnya, suara rakyat seolah-olah mencurah air ke daun keladi kerana kemalangan maut akibat pemandu mabuk masih lagi berlaku.
Mungkin sudah tiba masanya pemandu mabuk yang didapati bersalah menyebabkan kemalangan maut dianggap sebagai penjenayah dan dihukum dengan lebih keras.
Selain hukuman penjara yang lebih lama, undang-undang perlu dipinda agar keluarga mangsa boleh menuntut pampasan daripada si pemandu mabuk.
Pemandu mabuk juga boleh dihukum sebat supaya mereka benar-benar insaf dan tidak mengulangi perbuatan keji itu.
Memang benar kerajaan tidak mempunyai kuasa menghalang individu bukan Islam meminum arak tetapi pemandu mabuk tidak sepatutnya terus bermaharajalela di jalan raya.
Memandangkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke ialah Setiausaha Agung DAP, beliau dan konco-konconya boleh memulakan langkah membanteras gejala pemandu mabuk.
Bebaskan jalan raya kita daripada pemandu mabuk agar manusia lain yang tidak seumur hidupnya tidak pernah menyenuh walau setitis arak dapat pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.
BACA LAGI

Ulasan
Catat Ulasan