Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kemalangan

Noktahkan keganasan pemandu mabuk

Imej
Keganasan jalan raya yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab pemandu mabuk semakin membarah dalam masyarakat dengan meragut nyawa insan tidak berdosa. Setiap kali berita kemalangan maut dilaporkan, rakyat dikejutkan dengan kisah tragik yang berpunca daripada individu yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk . Lebih menyedihkan, mangsa sering kali terdiri daripada pengguna jalan raya yang tidak pernah meneguk walau setitis arak pun sepanjang hayat mereka. Tindakan memandu di bawah pengaruh alkohol bukan sekadar kecuaian, tetapi satu bentuk keganasan yang disengajakan terhadap pengguna jalan raya yang lain. Pemandu mabuk sedar tentang risiko yang mereka ambil, namun tetap memilih untuk mengabaikan keselamatan orang lain demi kepuasan sendiri. Sikap mementingkan diri sendiri ini jelas menunjukkan kegagalan nilai kemanusiaan dan kurangnya rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan segelintir masyarakat. Lebih parah, ada antara mereka yang cuba melarikan diri selepas kemala...

Pemandu mabuk lebih berbahaya daripada bunyi bising RXZ

Imej
  Baru-baru ini, DAP Melaka lantang bersuara membantah penganjuran Himpunan RXZ di bumi Hang Tuah itu. Kata mereka, deruman enjin motosikal yang kuat mengganggu ketenteraman masyarakat. Kenyataan kurang masak DAP Melaka itu dibalas dengan kecaman daripada netizen. Mereka mempersoalkan di mana suara pemimpin-pemimpin DAP apabila berlaku insiden kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk . Dalam hal ini, netizen berada di pihak yang benar. Sudah selalu sangat kita melihat kemalangan maut meragut nyawa mangsa-mangsa yang tidak berdosa sedangkan individu yang memandu dalam keadaan mabuk masih bernyawa. Sudah lama rakyat bersuara mendesak kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu mabuk selain melaksanakan undang-undang yang ketat bagi mengekang gejala yang merosakkan keluarga, masyarakat dan negara ini. Malangnya, suara rakyat seolah-olah mencurah air ke daun keladi kerana kemalangan maut akibat pemandu mabuk masih lagi berlaku. Mungkin sudah tiba masanya pemandu mabuk y...

Sampai bila nak guna alasan brek rosak?

Imej
  Gambar: Bomba Perak Setiap kali berlaku kemalangan maut melibatkan bas, timbul pelbagai cadangan daripada kerajaan kononnya sebagai langkah proaktif bagi mencegah insiden serupa berulang. Contohnya, memasang alat membataskan kelajuan, meletakkan penguat kuasa JPJ yang menyamar sebagai orang awam di dalam bas serta menyenarai hitam pemandu dan syarikat bas terbabit. Semua cadangan itu memang bagus sekiranya ia dilaksanakan secara serius dan konsisten. Malangnya, apa yang sering kita lihat cadangan-cadangan itu sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setelah tragedi kemalangan maut lama berlalu, keadaan kembali seperti biasa dan pemandu bas kembali ke perangai asal yang membahayakan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain. Insiden terkini melibatkan bas yang dinaiki sekumpulan pelajar UPSI sehingga mengorbankan 15 nyawa yang masih muda boleh dicegah sekiranya pihak berkuasa benar-benar serius dalam menguatkuasakan undang-undang. Lebih mengejutkan, pemandu terbabit mempunyai 18 sam...

Ibu bapa jenis apa benarkan anak memandu tanpa lesen?

Imej
  Malaysia ini memang unik. Kita ada undang-undang , ada peraturan, tetapi ada juga manusia yang anggap semua itu sekadar hiasan.  Salah satunya? Ibu bapa yang dengan bangganya membiarkan anak-anak yang belum cukup umur menunggang motosikal atau memandu kereta.  Ya, memang luar biasa. Anak baru 13 tahun, dah berani tunggang motosikal. Baru 15 tahun, dah boleh pegang stereng kereta. Ibu bapa jenis apakah ini? Mungkin mereka fikir anak-anak ini sudah cukup handal, macam pelumba profesional . Mungkin juga mereka rasa bangga bila anak mampu ‘melayang’ di jalan raya walaupun tak tahu beza brek dengan pedal minyak.  Tetapi bila kemalangan berlaku, bila anak sendiri atau orang lain yang jadi mangsa, barulah terhegeh-hegeh menangis, salahkan takdir, marahkan pihak berkuasa.   Cuba fikir, kalau betul sayangkan anak, kenapa nak biarkan mereka jadi pembunuh di jalan raya ? Atau mereka sebenarnya nak uji ketahanan mental orang lain yang tiba-tiba terpaksa berdepan d...

Pemandu tak ada otak punca kemalangan jalan raya

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Setiap kali berlaku kemalangan jalan raya , kita akan dengar pelbagai alasan klise. Jalan berlubanglah, hujan lebatlah, kereta brek mengejutlah. Kononnya semua faktor luar yang menjadi punca.  Tetapi, jarang sekali ada yang berani mengakui bahawa punca sebenar adalah kebodohan manusia itu sendiri.   Ya, kebodohan. Bukan jalan raya yang bodoh, bukan hujan yang bodoh, bukan kucing melintas yang bodoh.  Manusia yang memandu dengan gaya ala-ala pelumba Formula 1 di jalan kampung, manusia yang sibuk skrol TikTok semasa memandu, manusia yang percaya lampu merah itu sekadar hiasan.   Lihat saja di lebuh raya. Ada yang memandu 60 km/j di lorong paling kanan, seolah-olah sedang menikmati percutian tenang di desa.  Ada pula yang memandu selaju kilat, menyelit sana-sini, yakin nyawa mereka ada ‘extra life’ macam dalam permainan video. Bila berlaku kemalangan, mulalah merayu di tepi jalan dengan wajah penuh sesalan.   Belu...