Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel dusta

Kejujuran semakin terhimpit dalam dunia penuh dusta

Imej
Saban hari, kita membaca tentang kes-kes penipuan yang dilaporkan oleh media massa. Ada yang tipu duit, tipu gelaran dan ada juga yang tipu kemenangan acara sukan termasuk triatlon. Itu belum lagi janji-janji palsu yang ditabur oleh politikus semasa kempen pilihan raya. Walaupun berulang kali penipuan dilakukan, masih ramai yang mempercayai kata-kata pendusta. Apa sudah jadi dengan nilai kejujuran pada zaman moden yang serba canggih ini? Tidakkah para penipu itu takut dengan balasan yang bakal menimpa mereka di Akhirat kelak akibat berbohong di dunia? Sungguh menyedihkan bila memikirkan apa yang berlaku terhadap umat manusia akhir zaman. Balasan yang menakutkan di Akhirat pun mereka tak takut, inikan pula undang-undang dunia ciptaan manusia. Ramai pula penipu yang diangkat menjadi pemimpin dan terus melakukan pembohongan demi pembohongan untuk kekal di tampuk kuasa. Benarlah seperti nyanyian Billy Joel dalam lagu berjudul Honesty yang menyifatkan kejujuran sebagai sepatah ...