Kedatangan Adat Perpatih ke Negeri Sembilan
(Pada pertengahan Kurun Masehi XIV 1352?) Baginda Raja Hindi untuk mencari keselamatan umum dan menjauhkan persengketaan kedua abang iparnya itu supaya negeri aman dan tenteram maka baginda pun bertitah," Eloklah kekanda kedua berpisah membuka negeri masing-masing di mana-mana teluk rantau yang masih belum terbuka lagi." Maka sembah Perpatih dan Temenggung ," Beta minta buatkan kenderaan bahtera sebuah seorang untuk pelayaran." Baginda Raja Hindi pun menitahkan rakyat jelata membuat dua buah bahtera di Bukit Siguntang . Setelah siap bahtera itu maka Raja Hindi pun bertitah lagi kepada rakyatnya supaya menyaksikan perlancaran bahtera itu untuk mengucapkan selamat berlayar kepada keduanya. Akan bahtera Temenggung beserta pengikutnya telah dilancarkan dengan senangnya dan berlayar ke laut untuk membuka negeri di mana-mana sahaja yang disukainya dan beritanya kemudia tiadalah disebutkan dalam buku ini. Tetapi dengan bersusah payah bahtera Perpatih tidak dapat dilanca...