Cadangan kembalikan UPSR tak relevan, ketinggalan zaman
Kebelakangan ini, timbul semula cadangan agar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaksanakan kembali. Cadangan ini perlu dibantah kerana ia bukan sahaja tidak relevan dengan keperluan pendidikan masa kini, malah berpotensi menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Sistem pendidikan hari ini menuntut pendekatan yang lebih holistik dan berpandangan jauh. Anak-anak generasi baharu memerlukan ruang untuk membina kreativiti , komunikasi , pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah . Kemahiran ini tidak boleh diukur dengan hanya satu peperiksaan berpusat pada usia 12 tahun. Mengembalikan UPSR bermakna sistem sekali lagi kembali bergantung pada hafalan , latihan latih tubi dan budaya kejar A yang pernah dikritik hebat. UPSR juga terbukti memberi tekanan tidak seimbang kepada murid, ibu bapa dan guru. Ketika ia masih wujud, ramai murid terpaksa mengharungi kelas tambahan , tuisyen dan jadual belajar yang padat semata-mata untuk memperoleh keputus...