Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buli

Tolonglah bertindak tegas tangani kes buli

Imej
  Buli bukan sekadar perbuatan nakal atau gurauan kasar. Perbuatan kejam itu boleh meninggalkan parut sepanjang hayat, memusnahkan masa depan, malah meragut nyawa.  Setiap kali ada mangsa baharu, kita hanya dengar ayat sama diulangi iaitu: “Siasatan sedang dijalankan”. Kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir baru-baru ini adalah tamparan besar terhadap sistem pendidikan negara.  Pelajar sekolah menengah agama di Sabah itu dilaporkan menjadi mangsa buli fizikal dan mental , namun seolah-olah tiada tindakan konkrit untuk menghentikan penderitaannya sehingga akhirnya dia terkorban. Sebelum ini, sering kedengaran janji tindakan tegas aka diambil untuk membanteras gejala buli , tetapi janji hanya tinggal janji. Kelewatan pentadbir sekolah bertindak mencetuskan persepsi seolah-olah pembuli dilindungi. Mungkin pihak sekolah ingin  menjaga reputasi dan rekod disiplin namun harga yang perlu dibayar sangat mahal sehingga meragut nyawa mangsa. Sehubungan itu, ge...