Akhirnya bonda tertawa

 

Gambar rekaan ChatGPT

Bonda muram durja

Feringgi dan Belanda menakluk Melaka

Inggeris licik mengikis hasil bumi

kata Nippon, "Asia untuk orang Asia!"

Bintang Tiga tanpa agama

empat ratus empat puluh enam tahun

anak-anak hidup sengsara.


Bonda senyum gembira

teriakan "MERDEKA!"

bergema di ruang angkasa

di kota dan juga di desa

selamat jalan Union Jack

selamat jalan God Save The Queen

megah berkibar Jalur Gemilang

Negaraku beralun merdu

anak-anak bersatu suara.


Bonda tawa riang

aman dan makmur bumi bertuah

Jalur Gemilang menjelajah dunia

bakal membelah angkasa raya

"Malaysia Boleh!" membakar semangat

semoga merdeka kekal selamanya

anak-anak sejahtera sentiasa.

(Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.)

BACA LAGI


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah adendum

Sampai bila nak guna alasan brek rosak?

Tentera Bawang Malaysia jangan cepat melatah