Catatan

Mengundilah di mana anda tinggal, tak perlu balik kampung

Imej
  Gambar hiasan: FB SPR Setiap kali tiba musim pilihan raya, satu soalan sering berlegar dalam kalangan kita: "Balik mengundi ke tidak?"  Masih ramai yang berhijrah dari tempat asal mereka belum menukar alamat pada kad pengenalan masing-masing, justeru menyebabkan nama mereka didaftarkan sebagai pengundi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar lokasi tempat tinggal terkini. Misalnya, ada individu yang berdaftar sebagai pengundi di Sabah sedangkan dia sudah bertahun-tahun bermastautin di Kuala Lumpur . Balik kampung pun mungkin setahun sekali sahaja pada musim perayaan. Malah, mungkin sudah lama tidak balik kampung setelah ibu bapa meninggal dunia. Dalam hal ini, adalah tidak adil sekiranya pengundi terbabit memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen dan DUN yang di luar kawasan mereka bermastautin. Jika calon yang mereka undi itu menang, boleh dikatakan beliau tidak benar-benar mewakili suara seluruh anggota masyarakat yang tinggal di kawasannya. Lebih-l...

Cadangan kembalikan UPSR tak relevan, ketinggalan zaman

Imej
  Kebelakangan ini, timbul semula cadangan agar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilaksanakan kembali.  Cadangan ini perlu dibantah kerana ia bukan sahaja tidak relevan dengan keperluan pendidikan masa kini, malah berpotensi menjejaskan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Sistem pendidikan hari ini menuntut pendekatan yang lebih holistik dan berpandangan jauh. Anak-anak generasi baharu memerlukan ruang untuk membina kreativiti , komunikasi , pemikiran kritikal dan penyelesaian masalah .  Kemahiran ini tidak boleh diukur dengan hanya satu peperiksaan berpusat pada usia 12 tahun.  Mengembalikan UPSR bermakna sistem sekali lagi kembali bergantung pada hafalan , latihan latih tubi dan budaya kejar A yang pernah dikritik hebat. UPSR juga terbukti memberi tekanan tidak seimbang kepada murid, ibu bapa dan guru. Ketika ia masih wujud, ramai murid terpaksa mengharungi kelas tambahan , tuisyen dan jadual belajar yang padat semata-mata untuk memperoleh keputus...

Menghormati pemimpin amalan yang terpuji

Imej
  Gambar hiasan. Kita semua sedia maklum bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam memastikan kesejahteraan dan kemajuan sesuatu kumpulan, organisasi atau negara.  Pemimpin bukan sahaja bertanggungjawab membuat keputusan yang memberi kesan kepada banyak pihak, malah menjadi contoh dan sumber inspirasi kepada rakyat.  Oleh itu, menghormati pemimpin merupakan amalan terpuji yang menggambarkan nilai murni, adab dan kematangan dalam diri seseorang individu. Menghormati pemimpin tidak bermakna kita perlu menyanjung mereka secara membuta tuli.  Sebaliknya, rasa hormat itu adalah berasaskan kepada pengiktirafan terhadap tanggungjawab dan pengorbanan yang mereka galas.  Pemimpin yang jujur dan amanah berhak dihormati atas usaha mereka membimbing masyarakat ke arah kebaikan.  Sikap hormat ini juga mencerminkan keutuhan moral rakyat dalam menegakkan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang menjadi tunjang kepada keharmonian sosial. Pada masa yang sama, rasa horma...

Cegahlah diabetes sebelum terlambat

Imej
Diabetes kini menjadi antara masalah kesihatan paling serius di Malaysia. Menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM), lebih satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap penyakit tersebut.  Angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding sedekad lalu, menandakan tahap kesedaran masyarakat terhadap ancaman diabetes masih belum memadai. Penyakit diabetes bukan sahaja berpunca daripada faktor genetik , tetapi turut berkait rapat dengan gaya hidup moden.  Pemakanan tinggi gula dan karbohidrat, kurang aktiviti fizikal serta tekanan hidup menjadi punca utama peningkatan kes diabetes.  Lebih membimbangkan, ramai pesakit tidak menyedari mereka menghidap diabetes sehinggalah muncul komplikasi serius seperti masalah penglihatan , kegagalan buah pinggang , dan serangan jantung . Kerajaan melalui KKM dan pelbagai agensi kesihatan giat melaksanakan kempen kesedaran seperti Hari Diabetes Sedunia dan program saringan kesihatan percuma di seluruh negara.  Inisiati...

Mengapa seluruh dunia membenci Amerika Syarikat?

Imej
Amerika Syarikat (AS) sering digambarkan sebagai negara paling berkuasa di dunia , dengan pengaruh besar dalam politik, ekonomi, ketenteraan dan budaya global .  Namun di sebalik imej gah itu, terdapat sentimen kebencian dan ketidakpercayaan yang semakin menebal terhadap negara tersebut. Mengapa AS dibenci di seluruh dunia? Salah satu sebab utama adalah dasar luar AS yang sering dianggap hipokrit . AS mendakwa memperjuangkan demokrasi dan hak asasi manusia , tetapi dalam banyak situasi, tindakannya bertentangan dengan prinsip yang dilaungkan.  Campur tangan ketenteraan di Iraq, Afghanistan, Libya dan Syria meninggalkan kesan mendalam terhadap masyarakat di negara-negara itu.  Nama AS sering dikaitkan dengan peperangan, penderitaan rakyat dan kemusnahan yang tidak berkesudahan. Selain itu, sikap dwistandard dalam menangani isu antarabangsa turut menimbulkan kemarahan ramai.  AS tegas mengkritik pelanggaran hak asasi manusia di negara tertentu, namun menutup mata terh...

Netizen Malaysia pemalas, jenis suka baca tajuk

Imej
  Ada sejenis penyakit aneh yang semakin menular di Malaysia iaitu penyakit “suka baca tajuk, malas baca isi.” Kalau dibuat kajian rasmi, mungkin sudah mencapai tahap kronik. Setiap kali ada artikel berita, posting Facebook , atau ciapan X yang panjang sikit, majoriti netizen terus berhenti pada ayat pertama.  Tajuk dah cukup. Tak perlu baca habis. Asal nampak nama pemimpin politik atau artis kegemaran, terus komen seperti pakar paling arif di alam maya. Lebih lucu bila ramai yang marah-marah tentang sesuatu yang sebenarnya langsung tak disebut dalam artikel. Kalau buka ruangan komen, boleh nampak komen-komen semberono. Ada yang menyumpah seranah, ada yang keluarkan fatwa sendiri, dan ada yang buat teori konspirasi melebihi skrip filem Bollywood . Merekalah yang paling hebat dalam semua perkara. Yang lebih membimbangkan, tabiat malas membaca ini bukan setakat dalam hal hiburan atau gosip. Bila bab ilmu, ekonomi , agama, atau isu negara, sikap sama terbawa-bawa.  Asal a...

Kembalikan hukuman rotan di sekolah

Imej
  Isu kemerosotan disiplin pelajar kini hangat diperkatakan selepas kejadian mengejutkan di Melaka baru-baru ini apabila empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan kerana disyaki merogol seorang pelajar perempuan di kawasan sekolah.  Kes ini bukan sahaja menggoncang kepercayaan masyarakat terhadap keselamatan di institusi pendidikan, malah menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana sistem pendidikan negara masih mampu membentuk akhlak dan disiplin generasi muda. Dalam konteks ini, sudah tiba masanya kerajaan dan Kementerian Pendidikan menilai semula keberkesanan pendekatan sedia ada terhadap pengurusan disiplin pelajar.  Ramai pihak berpendapat bahawa hukuman rotan , yang suatu ketika dahulu menjadi langkah tegas tetapi mendidik, wajar dikembalikan semula di sekolah bagi mengekang gejala tidak bermoral yang semakin membimbangkan. Sebelum ini, hukuman rotan bukan sekadar satu bentuk hukuman fizikal, tetapi simbol ketegasan dan tanggungjawab.  Ia dilak...