Catatan

Akhirnya bonda tertawa

Imej
  Gambar rekaan ChatGPT Bonda muram durja Feringgi dan Belanda menakluk Melaka Inggeris licik mengikis hasil bumi kata Nippon , "Asia untuk orang Asia!" Bintang Tiga tanpa agama empat ratus empat puluh enam tahun anak-anak hidup sengsara. Bonda senyum gembira teriakan "MERDEKA!" bergema di ruang angkasa di kota dan juga di desa selamat jalan Union Jack selamat jalan God Save The Queen megah berkibar Jalur Gemilang Negaraku beralun merdu anak-anak bersatu suara. Bonda tawa riang aman dan makmur bumi bertuah Jalur Gemilang menjelajah dunia bakal membelah angkasa raya "Malaysia Boleh!" membakar semangat semoga merdeka kekal selamanya anak-anak sejahtera sentiasa. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Maruah Jalur Gemilang mesti dipertahankan

Imej
  Gambar hiasan: Pexels / Din Aziz Jalur Gemilang lebih daripada sekadar sehelai kain yang dikibarkan di bangunan kerajaan, sekolah, premis perniagaan atau rumah.  Ia adalah lambang kedaulatan negara , tanda perpaduan rakyat , dan simbol perjuangan generasi terdahulu khususnya perwira-perwira negara yang rela berkorban demi mencapai dan mempertahankan kemerdekaan .  Setiap jalur, warna dan bulan bintang yang tertera padanya membawa makna tersendiri, mencerminkan keutuhan serta jati diri bangsa Malaysia . Menghormati Jalur Gemilang bermaksud kita menghargai erti kebebasan yang dimiliki hari ini. Seharusnya, Jalur Gemilang sentiasa dijaga dengan penuh tertib.  Bendera yang lusuh atau rosak perlu diganti dan pemasangan bendera mestilah dilakukan dengan betul mengikut garis panduan yang ditetapkan.  Perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik, dalam keadaan kotor atau di tempat yang tidak sesuai boleh dianggap sebagai penghinaan dan mencalar maruah negara...

Tolonglah bertindak tegas tangani kes buli

Imej
  Buli bukan sekadar perbuatan nakal atau gurauan kasar. Perbuatan kejam itu boleh meninggalkan parut sepanjang hayat, memusnahkan masa depan, malah meragut nyawa.  Setiap kali ada mangsa baharu, kita hanya dengar ayat sama diulangi iaitu: “Siasatan sedang dijalankan”. Kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir baru-baru ini adalah tamparan besar terhadap sistem pendidikan negara.  Pelajar sekolah menengah agama di Sabah itu dilaporkan menjadi mangsa buli fizikal dan mental , namun seolah-olah tiada tindakan konkrit untuk menghentikan penderitaannya sehingga akhirnya dia terkorban. Sebelum ini, sering kedengaran janji tindakan tegas aka diambil untuk membanteras gejala buli , tetapi janji hanya tinggal janji. Kelewatan pentadbir sekolah bertindak mencetuskan persepsi seolah-olah pembuli dilindungi. Mungkin pihak sekolah ingin  menjaga reputasi dan rekod disiplin namun harga yang perlu dibayar sangat mahal sehingga meragut nyawa mangsa. Sehubungan itu, ge...

Lelaki juga jadi mangsa gangguan seksual

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Apabila topik gangguan seksual dibincangkan, kebanyakan masyarakat membayangkan mangsa sebagai wanita dan pemangsa sebagai lelaki.  Naratif ini begitu dominan sehingga sering kali menenggelamkan realiti bahawa lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa gangguan seksual baik di tempat kerja mahupun ketika menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Gangguan seksual bukan semata-mata soal keinginan, tetapi pencabulan terhadap mangsa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina.  Namun, apabila mangsanya lelaki, stigma sosial menjadi lebih berat. Ramai menganggap lelaki terutamanya yang kelihatan macho tidak mungkin terganggu, sepatutnya suka, atau boleh melawan.  Sedangkan hakikatnya, ramai lelaki tidak selesa, trauma dan berasa tercalar maruahnya tetapi memilih untuk berdiam diri. Dalam sesetengah kes, ada wanita yang bersikap terlalu agresif seperti membuat sentuhan tidak wajar , mengeluarkan kata...

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada

Imej
  Dalam keghairahan mengejar apa yang belum dimiliki, kita sering terlupa betapa berharganya apa yang sudah ada dalam tangan.  Kita mudah tertarik dengan kehidupan orang lain yang tampak sempurna dari luar, lalu mengeluh dengan apa yang ada di sisi sendiri.  Sedangkan di sebalik apa yang kita anggap kekurangan, ada nikmat besar yang kadangkala hanya disedari apabila sudah tiada. Kita mengeluh rumah kita kecil, sedangkan ada insan lain yang tidur berbumbungkan langit .  Kita rasa tidak cukup dengan rezeki yang diperoleh , sedangkan ada insan lain tidak dapat makan seharian.  Kita kecewa dengan ujian hidup , sedangkan itu mungkin cara Allah menghapus dosa dan menyucikan hati. Ada anak yang merindukan pelukan mesra ibu, tetapi ibunya sudah pergi dijemput Ilahi.  Ada ibu yang mendambakan senyuman anak, namun si anak hilang entah ke mana.  Ada suami isteri yang hanya mahu berbual mesra seperti dahulu, tetapi kesibukan dan jarak telah membungkam kata-k...

Susah sangatkah berhenti bila pejalan kaki melintas?

Imej
  Pada satu pagi, kelihatan seorang murid sekolah sedang terkial-kial untuk melintas jalan. Walaupun lintasan pejalan kaki yang berwarna kuning jelas terhampar, tiada sebuah kenderaan pun yang berhenti untuk memberi laluan kepadanya. Mujurlah seorang pemandu yang agak berusia berhenti supaya murid itu dapat melintas. Malangnya, pemandu yang budiman itu menjadi sasaran pemandu-pemandu lain di belakang untuk melepaskan geram. Bunyi hon bertalu-talu seolah-olah mendesak pemandu yang sudah melepasi usia separuh abad itu segera menggerakkan kenderaannya. Namun dia tetap enggan berganjak selagi murid sekolah terbabit dapat melintas dengan selamat ke seberang. Dia tidak takut kerana apa yang dilakukannya adalah selaras dengan undang-undang jalan raya . 'Kisah benar' ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pemandu benar-benar mematuhi undang-undang jalan raya berkaitan hak pejalan kaki untuk melintas.  Malangnya, semakin ramai pemandu yang bersikap biadab dan mementingkan diri...

Pempengaruh vs pakar: Siapakah yang lebih dipercayai?

Imej
  Pada masa ini, ramai dalam kalangan masyarakat yang lebih mempercayai pempengaruh yang bercakap dengan yakin di depan kamera berbanding seorang pakar yang mahir dan berpengetahuan dalam bidangnya.  Kita sedang menyaksikan satu fenomena yang luar biasa iaitu kebangkitan pengaruh individu biasa yang mampu membentuk pandangan awam, kadangkala lebih berkesan daripada profesor, doktor atau pemimpin. Pempengaruh bukan lagi sekadar selebriti media sosial yang mempromosi produk kecantikan atau gaya hidup. Mereka kini bercakap tentang kesihatan, politik, kewangan, pendidikan dan agama.  Ada yang menyampaikan maklumat berguna, namun tidak kurang juga yang menyebarkan maklumat salah, kurang tepat atau sangat berat sebelah tanpa tapisan dan semakan fakta. Mengapa semakin ramai percaya pada pempengaruh dan bukannya pakar? Pertama, penyampaian mereka lebih mudah difahami. Bahasa yang digunakan mesra, ringkas dan santai.  Tambahan pula, mereka sentiasa ada di telefon pintar kit...