![]() |
Gambar hiasan: ChatGPT |
Setiap hari, di mana-mana jalan raya, ada sahaja spesies manusia tak bertamadun yang selamba membuang sampah keluar dari kenderaan mereka.
Plastik minuman, tisu, puntung rokok, malah sisa makanan, semua dilambakkan ke jalan seolah-olah jalan itu hak persendirian mereka.
Agaknya mereka fikir ada tukang sapu peribadi yang akan bersihkan segala kekotoran yang mereka tinggalkan di atas jalan raya.
Paling menjengkelkan, ada yang kononnya memandu kereta mewah, tetapi mentaliti lebih hina daripada sampah yang mereka buang.
Apa gunanya pakai kereta berkilat, berpakaian segak, tapi akhlak serupa manusia zaman batu?
Malu sungguh melihat segelintir rakyat Malaysia yang masih mengamalkan budaya kotor ini, seolah-olah tak pernah diajar adab sejak kecil.
Tak cukup dengan itu, ada yang lebih jijik iaitu membuang lampin bayi penuh najis tanpa sedikit pun rasa bersalah.
Bila terpercik ke kereta lain atau mengotorkan jalan, mereka buat muka selamba, seolah-olah perkara itu normal.
Apa yang susah sangat nak simpan sampah dalam kereta dan buang ke tong sampah bila sampai ke destinasi?
Jika ditegur, mereka buat muka tak bersalah atau lebih teruk, menjawab dengan angkuh seolah-olah perbuatan itu satu hak mereka.
Jangan salahkan pihak berkuasa jika suatu hari nanti denda lebih berat dikenakan terhadap pesalah sebegini.
Di banyak negara maju, tindakan membuang sampah dari kenderaan boleh dikenakan saman serta-merta.
Tetapi di sini? Masih ramai yang hidup dalam mentaliti ‘tak apa, bukan rumah aku yang kotor’.
Jadi, kepada pemandu yang suka buang sampah merata-rata, sedarlah. Jalan raya bukan tempat untuk kau lempar sampah sesuka hati.
Jika mentaliti sampah macam ini berterusan, jangan terkejut kalau negara kita terus dipandang rendah.
Mahu dihormati? Mulakan dengan perkara asas: jangan jadi pemandu pengotor yang menyusahkan orang lain!
Ulasan
Catat Ulasan