Langkau ke kandungan utama

Nostalgia bas mini meredah kesesakan kota raya

 

Bas mini yang sepi tanpa penumpang ini dijadikan pameran di pekarangan Muzium Negara.

Tahniah kepada sesiapa sahaja yang sempat merasa pengalaman menaiki bas mini di Kuala Lumpur! Anda pernah melalui satu fasa kehidupan yang penuh cabaran mental dan fizikal.

Bayangkan anda berdiri dalam ruang yang sempit, bersesak macam sardin dalam tin. Cuma bezanya, tin sardin tak ada orang yang tolak-tolak sambil berusaha cari tempat untuk berpaut.  

Masih segar dalam ingatan suara konduktor mengarahkan penumpang "Masuk dalam lagi!" walaupun bas sudah sendat ke tahap maksimum. 

Bas mini dahulu boleh dianggap sebagai sistem pengangkutan yang paling cekap di kota raya. Laju dan selalu menepati masa walaupun terpaksa meredah kesesakan yang sudah sinonim dengan Kuala Lumpur. 

Pemandunya pula bukan calang-calang orang. Kemahiran memandu mereka membuatkan kita tertanya-tanya sama ada mereka pernah menjalani latihan khas di litar lumba. 

Andainya tangan kita terlepas tiang atau besi kerusi yang dijadikan tempat berpaut, bersedialah untuk ‘terapung’ sekejap setiap kali bas melanggar lubang atau brek mengejut.  

Bau? Macam-macam ada. Gabungan aroma keringat masam, minyak rambut, minyak angin cap kapak atau cap geliga dan kadang-kadang bau nasi lemak yang dibawa penumpang lain.

Semuanya bercampur jadi satu aroma yang sungguh unik. Lagi syok kalau berdiri sebelah seseorang yang kuat berpeluh. Meremang bulu hidung dibuatnya.

Dahulu, bas mini sentiasa menjadi 'penyelamat' bagi ramai orang, termasuk yang selalu lambat bangun pagi. Ada yang siap hafal jadual bas sebab tahu ia akan sampai tepat pada masanya. 

Tambangnya memang sangat murah lantas menjadikannya mod pengangkutan pilihan golongan marhain di Kuala Lumpur.

Namun, detik-detik indah warga kota bersama bas mini berakhir pada 1 Julai 1998. Sejak itu bas mini tidak lagi beroperasi. 

Saya masih ingat lagi hari itu 'punch card' merah sebab lambat masuk ke pejabat walaupun keluar rumah seperti biasa. 

Bas Intrakota memang lebih selesa dan kurang 'sardin' tetapi tidak mampu menyaingi kecekapan bas mini mencilok malah mampu mendaki bahu jalan ketika meredah kesesakan jalan raya.

Kini semuanya tinggal kenangan. Bas mini yang mula beroperasi pada 23 September 1975 kini dijadikan bahan pameran di pekarangan Muzium Negara.

Terima kasih bas mini yang banyak berjasa kepada saya ketika baru bekerja di ibu kota. 

BACA LAGI


MENARIK



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah addendum

  Istana Negara (Gambar hiasan: Pexels) Titah addendum merujuk kepada satu bentuk arahan tambahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi, seperti Yang di-Pertuan Agong, untuk menjelaskan, melengkapkan, atau meminda keputusan sedia ada.  Dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan, titah addendum adalah dokumen rasmi yang mempunyai implikasi besar terhadap dasar, perlaksanaan, atau keputusan tertentu. Asal usul istilah ini berasal daripada gabungan dua perkataan, “titah” yang merujuk kepada perintah atau arahan rasmi daripada pihak diraja, dan “addendum” yang bermaksud penambahan atau lampiran kepada dokumen yang telah wujud.  Dalam sistem kerajaan beraja, titah seperti ini sering menjadi alat penting untuk menyampaikan keputusan atau arahan yang lebih terperinci selepas perbincangan atau mesyuarat rasmi. Salah satu aspek penting mengenai titah addendum ialah ia bukan sekadar simbolik. Arahan ini mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat pihak-pihak berka...

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang.  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut...

Akhirnya Hamsinga tersungkur dibelasah Sang Lalat Perkasa

  Di tengah hutan, seekor makhluk aneh bernama Hamsinga, hasil kacukan babi dan singa, merupakan haiwan yang paling sombong di kawasan itu.  Dengan tubuhnya yang besar dan bersuara garang, Hamsinga selalu bersikap angkuh dan megah serta suka menghina haiwan-haiwan lain.  Yang sering menjadi mangsa ejekan dan penghinaannya ialah seekor lalat kecil yang dianggap kotor dan menjijikkan oleh Hamsinga. "Hei, Sang Lalat busuk, kau ini haiwan paling tidak berguna! Yang kau tau buat cuma terbang dan hinggap di tempat kotor. Kau pun suka makan najis," sindir Hamsinga sambil ketawa terbahak-bahak.   Lalat kecil itu mendengar hinaan tersebut hampir setiap hari. Namun, dia bukan sembarangan lalat; dia memiliki keberanian luar biasa dan strategi yang licik.  Pada satu hari, Sang Lalat akhirnya bosan dan kesabarannya hilang. Dia pun mencabar haiwan angkuh itu, "Hamsinga, kalau kau begitu hebat, jom kita bertarung di gelanggang. Mari kita tengok siapa yang kena!" ...