Langkau ke kandungan utama

Ketua Polis Perak terkorban akibat serangan kejam pengganas komunis

 


Pada 13 November 1975, kota Ipoh digemparkan dengan kejadian berdarah. Ketua Polis Perak ketika itu, Tan Sri Koo Chong Kong,  menjadi sasaran serangan kejam oleh pengganas komunis dalam insiden yang meragut nyawa beliau serta dua anggota pengiringnya.  

Sebelum berkhidmat di Perak, Chong Kong telah mencurahkan bakti di Sarawak sebagai seorang pegawai polis. Ketokohan dan ketegasannya dalam menumpaskan ancaman komunis membuatkan beliau dinaikkan pangkat dan diberi kepercayaan untuk menerajui pasukan keselamatan di Perak. Namun, keberanian dan kecekapan beliau menjadikannya musuh utama kepada pengganas komunis yang semakin terdesak.  

Pada tengah hari itu, Chong Kong bersama pemandunya serta pengiring, Sarjan Yeung Peng Chong, dalam perjalanan pulang ke rumah di Jalan Tower dari Jalan Raja DiHilir. Ketika kenderaan rasmi mereka berhenti di lampu isyarat di Jalan Hospital, tiba-tiba dua lelaki bermotosikal menghampiri dari sisi. Mereka kelihatan seperti pelajar, berpakaian seragam putih. Tanpa amaran, mereka mengeluarkan senjata api dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan tersebut.  

Peluru bertalu-talu menembusi tubuh pemandu dan Sarjan Yeung Peng Chong, menyebabkan kedua-duanya maut di tempat kejadian. Chong Kong yang mengalami kecederaan parah sempat dikejarkan ke hospital yang terletak hanya 100 meter dari lokasi serangan, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.  

Serangan ini bukan sekadar satu insiden, tetapi adalah sebahagian daripada taktik kotor pengganas komunis yang menyasarkan pegawai kanan polis dan anggota Cawangan Khas. Sebelum kejadian ini, beberapa pegawai keselamatan lain telah dibunuh dalam usaha mereka melemahkan pasukan keselamatan negara.  

Pemergian Chong Kong meninggalkan kesan mendalam kepada negara. Ketika pengebumiannya di Ipoh, lebih 20,000 orang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir, termasuk Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein; Timbalan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dan Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.  

Sebagai penghormatan atas jasanya, Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran Tan Sri kepada mendiang, manakala namanya diabadikan di Ipoh melalui Jalan Koo Chong Kong dan Jalan Koo Chong Kong 2.  

Keberanian dan pengorbanan beliau akan terus dikenang sebagai simbol perjuangan pasukan keselamatan dalam mempertahankan negara daripada ancaman komunis.


BACA LAGI

MENARIK




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah addendum

  Istana Negara (Gambar hiasan: Pexels) Titah addendum merujuk kepada satu bentuk arahan tambahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi, seperti Yang di-Pertuan Agong, untuk menjelaskan, melengkapkan, atau meminda keputusan sedia ada.  Dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan, titah addendum adalah dokumen rasmi yang mempunyai implikasi besar terhadap dasar, perlaksanaan, atau keputusan tertentu. Asal usul istilah ini berasal daripada gabungan dua perkataan, “titah” yang merujuk kepada perintah atau arahan rasmi daripada pihak diraja, dan “addendum” yang bermaksud penambahan atau lampiran kepada dokumen yang telah wujud.  Dalam sistem kerajaan beraja, titah seperti ini sering menjadi alat penting untuk menyampaikan keputusan atau arahan yang lebih terperinci selepas perbincangan atau mesyuarat rasmi. Salah satu aspek penting mengenai titah addendum ialah ia bukan sekadar simbolik. Arahan ini mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat pihak-pihak berka...

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang.  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut...

Akhirnya Hamsinga tersungkur dibelasah Sang Lalat Perkasa

  Di tengah hutan, seekor makhluk aneh bernama Hamsinga, hasil kacukan babi dan singa, merupakan haiwan yang paling sombong di kawasan itu.  Dengan tubuhnya yang besar dan bersuara garang, Hamsinga selalu bersikap angkuh dan megah serta suka menghina haiwan-haiwan lain.  Yang sering menjadi mangsa ejekan dan penghinaannya ialah seekor lalat kecil yang dianggap kotor dan menjijikkan oleh Hamsinga. "Hei, Sang Lalat busuk, kau ini haiwan paling tidak berguna! Yang kau tau buat cuma terbang dan hinggap di tempat kotor. Kau pun suka makan najis," sindir Hamsinga sambil ketawa terbahak-bahak.   Lalat kecil itu mendengar hinaan tersebut hampir setiap hari. Namun, dia bukan sembarangan lalat; dia memiliki keberanian luar biasa dan strategi yang licik.  Pada satu hari, Sang Lalat akhirnya bosan dan kesabarannya hilang. Dia pun mencabar haiwan angkuh itu, "Hamsinga, kalau kau begitu hebat, jom kita bertarung di gelanggang. Mari kita tengok siapa yang kena!" ...