Langkau ke kandungan utama

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet


Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan. 

Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang. 

Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan.

Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut. 

Ternyata, pergerakan komunis sememangnya wujud di sana. Dengan persiapan rapi, Leftenan Hassan dan pasukannya bersedia untuk melancarkan serangan hendap pada 21 Ogos 1957 iaitu 10 hari sebelum kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan.

Ketika menjalankan tinjauan awal, Leftenan Hassan mengesan kehadiran seorang pengganas komunis wanita menuju ke kawasan serang hendap mereka. 

Beliau mengarahkan pasukannya agar tidak melepaskan tembakan untuk mengelakkan komunis lain dari menyedari kehadiran mereka. 

Tidak lama kemudian, seorang lagi pengganas komunis lelaki dilihat menuju ke kawasan paya untuk membasuh muka.

Walaupun jumlah komunis yang dilihat adalah sedikit, Leftenan Hassan merasakan ada ramai lagi komunis yang tersembunyi. 

Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk mengekori kedua-dua pengganas komunis tersebut. 

Ketika dalam perjalanan, pasukannya menemukan seorang lagi komunis yang sedang membawa senjata yang ditinggalkan di pangkal pokok di lereng bukit.

Leftenan Hassan kemudian mengarahkan beberapa anggotanya untuk mengemaskan barang-barang yang ditinggalkan, sementara yang lain bersamanya untuk mengejar komunis tersebut. 

Dari jauh, Leftenan Hassan menyaksikan sekumpulan lelaki berpakaian seperti penoreh getah sedang menuju ke arah komunis yang mereka kejar.

Menyedari bahaya yang mungkin dihadapi oleh penoreh getah itu, Leftenan Hassan segera melepaskan tembakan ke arah salah seorang komunis. 

Dua lagi komunis yang lain melarikan diri, meninggalkan barang-barang mereka di lereng bukit. Kumpulan penoreh getah tersebut juga melarikan diri.

Setelah itu, Leftenan Hassan menyedari bahawa kumpulan penoreh getah tersebut sebenarnya adalah pimpinan komunis dari seluruh Tanah Melayu yang sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan. 

Siasatan terhadap barang-barang yang ditinggalkan menemui bekalan makanan, barang kemas, wang tunai dan dokumen bertulis yang mendedahkan rancangan komunis untuk menggagalkan pengisytiharan kemerdekaan. 

Penemuan ini membawa kepada penangkapan 35 pengganas yang cuba melakukan sabotaj menjelang hari kemerdekaan.

Melihat kepada insiden ini, pandangan segelintir pihak yang mengagung-agungkan pengganas komunis di bawah PKM sebagai pejuang kemerdekaan adalah tidak masuk akal.

Sekiranya PKM berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara, mengapa pula kumpulan pengganas itu berniat jahat untuk melakukan sabotaj terhadap majlis pengistiharan kemerdekaan Tanah Melayu?


 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peratusan keluar mengundi PRU kurang memberangsangkan, apa puncanya?

Gambar hiasan: FB SPR Peratusan keluar mengundi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama hingga ke-15 menunjukkan aliran turun dan naik. Secara keseluruhan, jumlah yang keluar mengundi semakin meningkat dari satu PRU ke yang berikutnya. Statistik jumlah dan peratusan keluar mengundi adalah seperti berikut: PRU1 (1959): 1,558,741 pengundi (73.3%) PRU2 (1964): 2,181,225 pengundi (78.9%) PRU3 (1969): 2,775,450 pengundi (73.6%) PRU4 (1974): 3,719,806 pengundi (75.1%) PRU5 (1978): 4,195,314 pengundi (75.3%) PRU6 (1982): 4,740,260 pengundi (75.4%) PRU7 (1986): 5,520,626 pengundi (73.3%) PRU8 (1990): 6,176,182 pengundi (72.3%) PRU9 (1995): 6,699,849 pengundi (68.3%) PRU10 (1999): 7,944,274 pengundi (69.3%) PRU11 (2004): 9,756,760 pengundi (73.9%) PRU12 (2008): 10,922,139 pengundi (76.0%) PRU13 (2013): 11,054,577 pengundi (84.8%) PRU14 (2018): 12,299,514 pengundi (82.3%) PRU15 (2022): 14,823,154 pengundi (74.0%) Dapat diperhatikan bahawa PRU13 mencatatkan peratusan tertinggi man

Kejujuran semakin terhimpit dalam dunia penuh dusta

Saban hari, kita membaca tentang kes-kes penipuan yang dilaporkan oleh media massa. Ada yang tipu duit, tipu gelaran dan ada juga yang tipu kemenangan acara sukan termasuk triatlon. Itu belum lagi janji-janji palsu yang ditabur oleh politikus semasa kempen pilihan raya. Walaupun berulang kali penipuan dilakukan, masih ramai yang mempercayai kata-kata pendusta. Apa sudah jadi dengan nilai kejujuran pada zaman moden yang serba canggih ini? Tidakkah para penipu itu takut dengan balasan yang bakal menimpa mereka di Akhirat kelak akibat berbohong di dunia? Sungguh menyedihkan bila memikirkan apa yang berlaku terhadap umat manusia akhir zaman. Balasan yang menakutkan di Akhirat pun mereka tak takut, inikan pula undang-undang dunia ciptaan manusia. Ramai pula penipu yang diangkat menjadi pemimpin dan terus melakukan pembohongan demi pembohongan untuk kekal di tampuk kuasa. Benarlah seperti nyanyian Billy Joel dalam lagu berjudul Honesty yang menyifatkan kejujuran sebagai sepatah