Langkau ke kandungan utama

Biarlah kereta buruk asalkan tak pening bayar hutang

Gambar hiasan: Justiniano Adriano / Pexels

"Kau pakai kereta apa sekarang?"

Soalan itu kerap timbul setiap kali kita berjumpa dengan kawan-kawan lama.

Entah dari mana asal-usul soalan cepumas itu, tidak dapat diketahui.

Tidak kurang juga ada yang memandang lekeh terhadap mereka yang memiliki kereta lama atau terpakai.

Manakala mereka yang berkereta baharu atau yang canggih seperti EV dengan bangganya menayangkan kunci kereta di atas meja restoran mamak.

Apakah benar jenis kereta yang dimiliki menjadi ukuran kejayaan dan kekayaan seseorang?

Sehingga menyebabkan mereka yang menggelarkan diri sebagai pempengaruh sanggup bergolok gadai malah menipu untuk menunjukkan mereka mampu memiliki kereta mewah.

Kegilaan seperti ini mesti dihentikan kerana hanya boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam jurang kepapaan.

Belilah kereta ikut kemampuan poket sendiri, bukan untuk menayang-nayangkan kepada saudara -mara dan rakan-rakan kononnya sekarang kita sudah berjaya.

Apa guna berkereta mewah dan besar jika tidak tidur lena memikirkan beban hutang dan kos penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung.

Sedangkan mereka yang memiliki kereta murah, terpakai atau lama hidupnya lebih tenang kerana hutang telah habis dibayar atau jumlah ansuran bulanan dan kos penyelenggaraan tidak besar.

Lagipun, secantik atau secanggih mana pun kereta yang baru dibeli, lama kelamaan menjadi besi buruk juga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah addendum

  Istana Negara (Gambar hiasan: Pexels) Titah addendum merujuk kepada satu bentuk arahan tambahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi, seperti Yang di-Pertuan Agong, untuk menjelaskan, melengkapkan, atau meminda keputusan sedia ada.  Dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan, titah addendum adalah dokumen rasmi yang mempunyai implikasi besar terhadap dasar, perlaksanaan, atau keputusan tertentu. Asal usul istilah ini berasal daripada gabungan dua perkataan, “titah” yang merujuk kepada perintah atau arahan rasmi daripada pihak diraja, dan “addendum” yang bermaksud penambahan atau lampiran kepada dokumen yang telah wujud.  Dalam sistem kerajaan beraja, titah seperti ini sering menjadi alat penting untuk menyampaikan keputusan atau arahan yang lebih terperinci selepas perbincangan atau mesyuarat rasmi. Salah satu aspek penting mengenai titah addendum ialah ia bukan sekadar simbolik. Arahan ini mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat pihak-pihak berka...

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang.  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut...

Akhirnya Hamsinga tersungkur dibelasah Sang Lalat Perkasa

  Di tengah hutan, seekor makhluk aneh bernama Hamsinga, hasil kacukan babi dan singa, merupakan haiwan yang paling sombong di kawasan itu.  Dengan tubuhnya yang besar dan bersuara garang, Hamsinga selalu bersikap angkuh dan megah serta suka menghina haiwan-haiwan lain.  Yang sering menjadi mangsa ejekan dan penghinaannya ialah seekor lalat kecil yang dianggap kotor dan menjijikkan oleh Hamsinga. "Hei, Sang Lalat busuk, kau ini haiwan paling tidak berguna! Yang kau tau buat cuma terbang dan hinggap di tempat kotor. Kau pun suka makan najis," sindir Hamsinga sambil ketawa terbahak-bahak.   Lalat kecil itu mendengar hinaan tersebut hampir setiap hari. Namun, dia bukan sembarangan lalat; dia memiliki keberanian luar biasa dan strategi yang licik.  Pada satu hari, Sang Lalat akhirnya bosan dan kesabarannya hilang. Dia pun mencabar haiwan angkuh itu, "Hamsinga, kalau kau begitu hebat, jom kita bertarung di gelanggang. Mari kita tengok siapa yang kena!" ...