Langkau ke kandungan utama

Tuan rumah pening hadap perangai anak-anak nakal datang beraya

 

Gambar hiasan: Grok

Dalam suasana Hari Raya Aidilfitri yang masih diraikan terlajak hingga sebulan, sering kita baca dalam media sosial keluhan netizen mengenai perangai anak-anak tetamu yang sangat nakal ketika mengikut ibu bapa mereka datang berziarah.

Kononnya seronok dapat beraya, tetapi bila anak terlompat-lompat atas sofa empuk tuan rumah sambil menjerit macam beruk mat yeh, ibu bapa cuma duduk tersenyum manis.

Ada juga yang buat-buat sibuk berbual sambil mata tak sekali pun menjeling ke arah si kecil yang sibuk mematah-matahkan pokok dalam pasu bunga tuan rumah.

Sudahlah tidak ditegur, ada pula yang bangga anaknya 'aktif' dan 'pandai bergaul'. Oh, aktif? Memecahkan cawan antik pusaka dan melumurkan makanan di dinding dianggap bakat?

Lebih menyedihkan apabila anak-anak ini bukan sekadar nakal, tetapi juga tidak tahu adab. Masuk rumah orang terus serbu meja makan, selongkar kuih raya macam tengah cari harta karun. 

Salam pun tidak, senyum jauh sekali. Bila ditegur secara sopan, ibu bapa pula terasa hati, kononnya tuan rumah tidak mesra. Hairan juga, sejak bila adab menjadi perkara remeh dalam membesarkan anak?

Hari raya sepatutnya jadi waktu untuk eratkan silaturrahim, bukannya jadi sesi uji ketahanan emosi tuan rumah. 

Jika anak tidak dilatih menjaga tingkah laku, akhirnya yang malu bukan mereka tetapi ibu bapa sendiri yang akan dikenang sebagai pasangan yang membesarkan anak yang layak digelarkan 'Dennis the Menace'.

Ibu bapa jangan menganggap rumah orang lain sebagai taman permainan anak-anak mereka. Beraya itu budaya, beradab itu warisan. 

Pada zaman dahulu, kalau anak buat nakal semasa berkunjung ke rumah orang, memang mendapatlah kena cubit dengan emak. Balik rumah, abah tambah lagi 'cenderahati' yang pasti dikenang seumur hidup.

Jangan biarkan dua tiga kelakuan sumbang anak-anak mencacatkan keindahan Aidilfitri. Jika tidak mampu mengawal, mungkin lebih baik duduk rumah sahaja.


BACA LAGI


MENARIK




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah addendum

  Istana Negara (Gambar hiasan: Pexels) Titah addendum merujuk kepada satu bentuk arahan tambahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi, seperti Yang di-Pertuan Agong, untuk menjelaskan, melengkapkan, atau meminda keputusan sedia ada.  Dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan, titah addendum adalah dokumen rasmi yang mempunyai implikasi besar terhadap dasar, perlaksanaan, atau keputusan tertentu. Asal usul istilah ini berasal daripada gabungan dua perkataan, “titah” yang merujuk kepada perintah atau arahan rasmi daripada pihak diraja, dan “addendum” yang bermaksud penambahan atau lampiran kepada dokumen yang telah wujud.  Dalam sistem kerajaan beraja, titah seperti ini sering menjadi alat penting untuk menyampaikan keputusan atau arahan yang lebih terperinci selepas perbincangan atau mesyuarat rasmi. Salah satu aspek penting mengenai titah addendum ialah ia bukan sekadar simbolik. Arahan ini mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat pihak-pihak berka...

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang.  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut...

Akhirnya Hamsinga tersungkur dibelasah Sang Lalat Perkasa

  Di tengah hutan, seekor makhluk aneh bernama Hamsinga, hasil kacukan babi dan singa, merupakan haiwan yang paling sombong di kawasan itu.  Dengan tubuhnya yang besar dan bersuara garang, Hamsinga selalu bersikap angkuh dan megah serta suka menghina haiwan-haiwan lain.  Yang sering menjadi mangsa ejekan dan penghinaannya ialah seekor lalat kecil yang dianggap kotor dan menjijikkan oleh Hamsinga. "Hei, Sang Lalat busuk, kau ini haiwan paling tidak berguna! Yang kau tau buat cuma terbang dan hinggap di tempat kotor. Kau pun suka makan najis," sindir Hamsinga sambil ketawa terbahak-bahak.   Lalat kecil itu mendengar hinaan tersebut hampir setiap hari. Namun, dia bukan sembarangan lalat; dia memiliki keberanian luar biasa dan strategi yang licik.  Pada satu hari, Sang Lalat akhirnya bosan dan kesabarannya hilang. Dia pun mencabar haiwan angkuh itu, "Hamsinga, kalau kau begitu hebat, jom kita bertarung di gelanggang. Mari kita tengok siapa yang kena!" ...