Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2025

Puak acah-acah elit jangan sombong hina B40

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Golongan B40 merangkumi hampir separuh daripada rakyat Malaysia. Mereka bekerja keras sebagai pemandu bas, nelayan, pekerja kedai, pekerja kilang dan ribuan lagi bidang lain yang sering dipandang remeh tetapi penting.  Walaupun pendapatan yang diterima mereka kecil, jasa mereka besar kerana golongan tersebutlah yang menggerakkan sektor asas ekonomi negara . Namun, kesombongan golongan acah-acah elit terhadap B40 yang banyak menerima bantuan kerajaan akhir-akhir ini semakin ketara.  Ramai yang bersikap biadab melemparkan kata-kata berunsur penghinaan hanya kerana melihat kehidupan golongan B40 tidak setaraf dengan mereka.  Seolah-olah menjadi miskin itu satu kesalahan, kononnya golongan B40 tidak berusaha untuk menambah baik taraf hidup kerana terlalu selesa dengan bantuan yang diterima daripada kerajaan. Walhal kebanyakan daripada mereka terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi , gaji yang tidak sepadan, dan peluang kerja yang sem...

Kawan toksik senyum di depan, tikam di belakang

Imej
  Gambar: Google Gemini Kita pasti mempunyai kawan yang kelihatan rapat, tetapi sebenarnya lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat.  Inilah yang dipanggil kawan toksik , sejenis manusia yang senyum di depan tetapi di belakang menjadi punca kita tertekan, hilang keyakinan dan susah hati. Kawan toksik ini bukan nampak terang-terangan dia seorang jahat. Selalunya kita tak sedar dengan perangai toksiknya itu.  Dia suka merendah-rendahkan kita, membanding-bandingkan kehidupan kita dengan dirinya atau orang lain yang kononnya lebih baik. Ada juga yang hanya baru nampak batang hidung bila ada kepentingan contohnya mahu meminjam wang. Tidak kurang juga yang bermuka manis tetapi diam-diam tikam belakang . Perangai toksik sebegini boleh menjejaskan kesihatan mental. Walaupun nampak kecil, kesannya boleh memakan jiwa kalau dibiarkan berlarutan. Kawan toksik adalah seperti nyamuk . Kita tengah syok tidur, dia datang buat bising, hisap darah dan akhirnya kita tergaru-garu sebab...

Kalau tak pandai lebih baik diam, jangan jadi palatau

Imej
  Kita memang tidak dapat lari daripada terjumpa manusia spesies ' palatau ' yang perasan dia tahu semua benda.  Apa topik pun dia boleh sembang. Borak pasal ekonomi, dia macam pakar kewangan . Sembang pasal kesihatan, kalah doktor.  Sentuh pasal politik, macam dia penasihat kerajaan . Pendek kata, semua benda dia tahulah. Yang kelakarnya, bila pakar sebenar bagi pandangan, si palatau ni kata tak betul. Katanya, “alah, pakar pun boleh silap.”  Sedangkan dia sendiri pun jenis baca tajuk, lepas tu terus buat kesimpulan. Tulis panjang berjela tapi isi pun tak ada. Pakar psikologi panggil perangai ni sebagai Kesan Dunning-Kruger . Maksudnya, orang yang tahu sikit tetapi perasan pandai lebih daripada orang yang betul-betul belajar bertahun-tahun.  Masalahnya, kalau perangai palatau ni menular, orang lain pun boleh terpengaruh. Maklumat palsu jadi tular. Akhirnya, yang benar pun kalah dengan suara ' tong kosong ' yang lebih lantang. Harap puak palatau ni sedarlah baha...

Erti Merdeka

Imej
  Apakah merdeka itu ertinya bebas daripada hukum agama bebas daripada adat resam bebas daripada undang-undang bebas daripada batasan kesopanan bebas daripada tata susila bebas daripada norma-norma kehidupan bebas segala-galanya? Merdeka yang sebenar bererti bebas daripada penjajahan rohani dan jasmani bebas daripada pencemaran budaya dan cara hidup bebas daripada penyelewengan bebas daripada ketaksuban membuta-tuli bebas daripada kekolotan bebas daripada hasad dengki bebas daripada tikam belakang bebas daripada kepura-puraan bebas daripada kesia-siaan bebas daripada segala kedurjanaan. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Wira Merdeka

Imej
  Almarhum Mat Kilau Setiap kali 31 Ogos hadir menjelma ku hadiahkan sekalung al-Fatihah buat wira bangsa dan negara yang rela berkorban dan berjuang menuntut kemerdekaan negara tercinta.   Biarpun kini jasad pahlawan bersemadi di makam namun bakti yang disemai takkan terkubur kekal subur dan mewangi.   Kerana Allah s.w.t. kita bebas aman makmur di tanah air sendiri biarpun langit tidak selalu cerah namun lebih baik kuyup dibasahi hujan daripada hidup terbelenggu di bawah keindahan pelangi.   Tanpa pengorbanan mereka kita mungkin hanya petani yang boleh membaca rumi nelayan yang tahu menulis a,b,c kuli kepada Mat Saleh yang angkuh yang tidak pernah peduli suara hati anak pribumi .   Wira merdeka tidak laparkan sanjungan tidak dahagakan pangkat kebesaran tidak impikan harta kekayaan mereka ikhlas menabur jasa setinggi gunung seluas lautan.   Pengorbanan mereka jangan dipersia pertahankan kemerdekaan ini selagi jasad masih bernyawa selagi malam dan sia...