Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2025

Kita dilahirkan bukan untuk berperang

Imej
  Setiap manusia yang lahir ke dunia membawa harapan, bukan permusuhan. Kita tidak dicipta untuk membenci, merosakkan atau menindas antara satu sama lain.  Sebaliknya, kita hadir sebagai khalifah yang membawa amanah untuk memakmurkan bumi, menyebarkan kebaikan, dan membina keharmonian sesama insan. Namun hari ini, konflik seolah-olah sesuatu yang lumrah di dunia ini. Kita disuap dengan kisah peperangan, pertumpahan darah dan penderitaan rakyat yang tidak berdosa.  Di Palestin, Sudan, Ukraine dan banyak tempat lain, kanak-kanak menjadi yatim sebelum sempat mengenal erti kasih sayang sepenuhnya.  Wanita kehilangan suami, warga tua kehilangan tempat bergantung. Semua ini berpunca daripada kerakusan, ketamakan, dan ego manusia. Dalam kesibukan kita berbalah akibat perbezaan fahaman politik, kaum dan agama, kita lupa bahawa hakikatnya kita semua manusia.  Kita punya hati yang mahu disayangi, keluarga yang ingin dilindungi, dan impian yang mahu dipenuhi. Tetapi pepera...

Usah dengki kelebihan orang lain

Imej
  Setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Ada yang cantik rupa paras, ada yang cemerlang dalam akademik, ada yang petah berkata-kata, dan ada juga yang dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.  Namun, tidak semua dalam kalangan kita dapat melihat kelebihan orang lain dengan hati yang tenang dan reda. Perasaan dengki adalah penyakit hati yang halus. Namun jika dibiarkan, dengki boleh merosakkan diri sendiri lebih daripada orang yang didengki.  Dengki menyebabkan seseorang rasa 'panas' dengan kejayaan orang lain dan timbul keinginan untuk melihat orang itu jatuh atau gagal.  Bukan sekadar rasa tidak puas hati, dengki juga satu bentuk hasad yang boleh membawa kepada tindakan yang negatif dan kesan buruk. Hakikatnya, setiap orang ada bahagian masing-masing. Kelebihan yang dimiliki seseorang bukan bermakna kekurangan bagi orang lain.  Kita mungkin tidak memiliki harta yang banyak, tetapi dikurniakan kesihatan yang baik. Kita mungkin tidak terkenal, tetapi memili...

Jangan pandang rendah pekerjaan orang lain

Imej
  Ada dalam kalangan kita kurang rasa hormat terhadap pekerjaan orang lain. Sering kali kita terdengar atau membaca komen sinis yang memperlekeh pekerjaan tertentu.  Contohnya, penghantar makanan, pekerja pembersihan atau tukang kebun hanya dianggap sebagai pekerjaan kelas rendah. Hakikatnya, semua pekerjaan ada peranan penting dalam membentuk keseimbangan dan kelancaran hidup dalam masyarakat. Bayangkan satu hari tanpa pekerja kutipan sampah. Kota akan dipenuhi sisa. Atau sehari tanpa penghantar makanan, mungkin ada yang tak sempat makan tengah hari kerana sibuk bekerja.  Begitu juga dengan juruteknik, penjaga tempat letak kereta, petugas kaunter, dan ramai lagi yang menjadi tulang belakang dalam kehidupan kita seharian. Mereka bukannya tidak bercita-cita besar. Sebahagian daripada mereka memilih jalan itu kerana keadaan, tanggungjawab keluarga, atau minat terhadap kerja yang dilakukan.  Mereka bekerja keras, jujur, dan mencari rezeki halal. Bukankah itu lebih mulia...

Sampai bila nak guna alasan brek rosak?

Imej
  Gambar: Bomba Perak Setiap kali berlaku kemalangan maut melibatkan bas, timbul pelbagai cadangan daripada kerajaan kononnya sebagai langkah proaktif bagi mencegah insiden serupa berulang. Contohnya, memasang alat membataskan kelajuan, meletakkan penguat kuasa JPJ yang menyamar sebagai orang awam di dalam bas serta menyenarai hitam pemandu dan syarikat bas terbabit. Semua cadangan itu memang bagus sekiranya ia dilaksanakan secara serius dan konsisten. Malangnya, apa yang sering kita lihat cadangan-cadangan itu sekadar hangat-hangat tahi ayam. Setelah tragedi kemalangan maut lama berlalu, keadaan kembali seperti biasa dan pemandu bas kembali ke perangai asal yang membahayakan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain. Insiden terkini melibatkan bas yang dinaiki sekumpulan pelajar UPSI sehingga mengorbankan 15 nyawa yang masih muda boleh dicegah sekiranya pihak berkuasa benar-benar serius dalam menguatkuasakan undang-undang. Lebih mengejutkan, pemandu terbabit mempunyai 18 saman...

Kesetiaan adalah segala-galanya dalam hidup kita

Imej
  Dalam hidup ini, banyak nilai yang sering kita pegang untuk menentukan arah dan tujuan. Namun, jika ditanya apakah nilai yang paling tinggi dalam membina hubungan dan kepercayaan, jawapannya adalah kesetiaan.  Kesetiaan bukan sekadar kata-kata manis atau janji kosong, tetapi ia adalah satu bentuk komitmen yang lahir dari hati, yang diuji oleh masa dan cabaran. Kesetiaan hadir dalam pelbagai bentuk. Dalam persahabatan, ia bermaksud hadir ketika senang dan susah. Dalam perkahwinan, ia bermaksud memilih pasangan yang sama setiap hari walaupun godaan dan ujian datang silih berganti.  Dalam pekerjaan, ia bermaksud memberi usaha yang terbaik walaupun tidak semua hasil dilihat serta-merta. Dalam perjuangan untuk sesuatu kebenaran, kesetiaan bermakna tetap teguh walaupun tekanan datang dari pelbagai arah. Dunia hari ini sering meletakkan kesetiaan sebagai sesuatu yang lapuk atau tidak praktikal. Banyak yang lebih cenderung mengejar peluang baru, meninggalkan yang lama apabila k...