Akhirnya Hamsinga tersungkur dibelasah Sang Lalat Perkasa

 


Di tengah hutan, seekor makhluk aneh bernama Hamsinga, hasil kacukan babi dan singa, merupakan haiwan yang paling sombong di kawasan itu. 

Dengan tubuhnya yang besar dan bersuara garang, Hamsinga selalu bersikap angkuh dan megah serta suka menghina haiwan-haiwan lain. 

Yang sering menjadi mangsa ejekan dan penghinaannya ialah seekor lalat kecil yang dianggap kotor dan menjijikkan oleh Hamsinga.

"Hei, Sang Lalat busuk, kau ini haiwan paling tidak berguna! Yang kau tau buat cuma terbang dan hinggap di tempat kotor. Kau pun suka makan najis," sindir Hamsinga sambil ketawa terbahak-bahak.  

Lalat kecil itu mendengar hinaan tersebut hampir setiap hari. Namun, dia bukan sembarangan lalat; dia memiliki keberanian luar biasa dan strategi yang licik. 

Pada satu hari, Sang Lalat akhirnya bosan dan kesabarannya hilang. Dia pun mencabar haiwan angkuh itu, "Hamsinga, kalau kau begitu hebat, jom kita bertarung di gelanggang. Mari kita tengok siapa yang kena!"  

Hamsinga ketawa sinis mendengar cabaran itu. "Kau? Nak lawan aku? Baiklah, aku akan ajar kau cukup-cukup sampai terbongkang!" katanya dengan penuh berlagak.  

Gelanggang ditetapkan di satu kawasan lapang. Seluruh penghuni hutan berkumpul untuk menyaksikan perlawanan yang dianggap tidak seimbang itu. 

Sebaik sahaja pertarungan bermula, Hamsinga cuba memukul Sang Lalat dengan cakaran tangan dan libasan ekornya tetapi Sang Lalat terbang dengan lincah mengelak setiap serangan.  

Hampir seharian mereka bertarung tetapi Hamsinga tidak berjaya menewaskan Sang Lalat. Sebaliknya, dia menjadi semakin letih dan tidak bermaya. 

Akhirnya, Hamsinga tersungkur ke tanah dan tiada tenaga lagi untuk meneruskan pertarungan. Mulutnya yang busuk itu ternganga luas.

Sang Lalat melihat peluang keemasannya. Dengan licik, dia terbang masuk ke dalam mulut Hamsinga dan mendarat di lidah makhluk sombong itu dan memijak-mijakkan kakinya yang penuh dengan kotoran halus dan kuman.  

Hamsinga tidak mampu berbuat apa-apa. Dia terlalu keletihan untuk menghalang perbuatan Sang Lalat. Hamsinga pasrah sahaja menerima kekalahan di tangan lawannya yang kerdil itu.

Beberapa hari kemudian, Hamsinga sakit tenat akibat jangkitan kuman. Tubuhnya yang sebelum itu gagah dan besar kini lemah tak bermaya. 

Tidak lama selepas itu, Hamsinga mati dalam keadaan hina. 

Walaupun diperlekehkan sebagai kecil dan lemah, Sang Lalat berjaya membuktikan bahawa kebijaksanaan dan keberanian mampu menumbangkan sesiapa sahaja, tidak kira sebesar mana pun mereka. 

Penghuni hutan pula mengangkatnya sebagai Raja di Rimba yang baharu dengan gelaran Sang Lalat Perkasa.

Kesombongan adalah punca kejatuhan. Jangan sesekali memandang rendah kepada sesiapa, kerana kekuatan tidak selalu bergantung pada saiz tubuh, tetapi pada kebijaksanaan dan keberanian. 


BACA LAGI


Check out Tiles cleaner Floor Cleaner cleaning Spray Stain Remover 清洁剂 400ML Multi Effect Concentrted 浴室瓷砖清洁剂 wood flooring Cleaner Liquid Floor Tiles for RM19.20 - RM54.00. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/AUeYoRCwlk?share_channel_code=1 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah addendum

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Haramkan jualan vape di Malaysia