Langkau ke kandungan utama

Kejujuran semakin terhimpit dalam dunia penuh dusta


Saban hari, kita membaca tentang kes-kes penipuan yang dilaporkan oleh media massa.

Ada yang tipu duit, tipu gelaran dan ada juga yang tipu kemenangan acara sukan termasuk triatlon.

Itu belum lagi janji-janji palsu yang ditabur oleh politikus semasa kempen pilihan raya.

Walaupun berulang kali penipuan dilakukan, masih ramai yang mempercayai kata-kata pendusta.

Apa sudah jadi dengan nilai kejujuran pada zaman moden yang serba canggih ini?

Tidakkah para penipu itu takut dengan balasan yang bakal menimpa mereka di Akhirat kelak akibat berbohong di dunia?

Sungguh menyedihkan bila memikirkan apa yang berlaku terhadap umat manusia akhir zaman.

Balasan yang menakutkan di Akhirat pun mereka tak takut, inikan pula undang-undang dunia ciptaan manusia.

Ramai pula penipu yang diangkat menjadi pemimpin dan terus melakukan pembohongan demi pembohongan untuk kekal di tampuk kuasa.

Benarlah seperti nyanyian Billy Joel dalam lagu berjudul Honesty yang menyifatkan kejujuran sebagai sepatah perkataan yang sunyi. 

Golongan yang jujur semakin dipandang sepi dan terhimpit dalam dunia yang dibanjiri pendustaan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang.  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut.  Ternya

Peratusan keluar mengundi PRU kurang memberangsangkan, apa puncanya?

Gambar hiasan: FB SPR Peratusan keluar mengundi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama hingga ke-15 menunjukkan aliran turun dan naik. Secara keseluruhan, jumlah yang keluar mengundi semakin meningkat dari satu PRU ke yang berikutnya. Statistik jumlah dan peratusan keluar mengundi adalah seperti berikut: PRU1 (1959): 1,558,741 pengundi (73.3%) PRU2 (1964): 2,181,225 pengundi (78.9%) PRU3 (1969): 2,775,450 pengundi (73.6%) PRU4 (1974): 3,719,806 pengundi (75.1%) PRU5 (1978): 4,195,314 pengundi (75.3%) PRU6 (1982): 4,740,260 pengundi (75.4%) PRU7 (1986): 5,520,626 pengundi (73.3%) PRU8 (1990): 6,176,182 pengundi (72.3%) PRU9 (1995): 6,699,849 pengundi (68.3%) PRU10 (1999): 7,944,274 pengundi (69.3%) PRU11 (2004): 9,756,760 pengundi (73.9%) PRU12 (2008): 10,922,139 pengundi (76.0%) PRU13 (2013): 11,054,577 pengundi (84.8%) PRU14 (2018): 12,299,514 pengundi (82.3%) PRU15 (2022): 14,823,154 pengundi (74.0%) Dapat diperhatikan bahawa PRU13 mencatatkan peratusan tertinggi man

Biarlah kereta buruk asalkan tak pening bayar hutang

Gambar hiasan: Justiniano Adriano / Pexels "Kau pakai kereta apa sekarang?" Soalan itu kerap timbul setiap kali kita berjumpa dengan kawan-kawan lama. Entah dari mana asal-usul soalan cepumas itu, tidak dapat diketahui. Tidak kurang juga ada yang memandang lekeh terhadap mereka yang memiliki kereta lama atau terpakai. Manakala mereka yang berkereta baharu atau yang canggih seperti EV dengan bangganya menayangkan kunci kereta di atas meja restoran mamak. Apakah benar jenis kereta yang dimiliki menjadi ukuran kejayaan dan kekayaan seseorang? Sehingga menyebabkan mereka yang menggelarkan diri sebagai pempengaruh sanggup bergolok gadai malah menipu untuk menunjukkan mereka mampu memiliki kereta mewah. Kegilaan seperti ini mesti dihentikan kerana hanya boleh menjerumuskan masyarakat ke dalam jurang kepapaan. Belilah kereta ikut kemampuan poket sendiri, bukan untuk menayang-nayangkan kepada saudara -mara dan rakan-rakan kononnya sekarang kita sudah berjaya. Apa guna be