Langkau ke kandungan utama

Afrika kaya hasil bumi, mengapa masih mundur?

Gambar hiasan: Nothing Ahead / Pexels

Afrika merupakan sebuah benua yang kaya dengan pelbagai hasil bumi. 

Maka tidak hairanlah kuasa-kuasa Barat dahulu menjajah negara-negara Afrika bagi memuaskan nafsu tamak haloba mereka.

Berikut adalah senarai hasil bumi yang ditemukan di benua Afrika mengikut negara sejak dahulu hingga sekarang:

Afrika Selatan - emas, berlian, platinum, arang batu dan kromium

Ghana - emas, bauksit dan mangan

Nigeria - minyak dan gas, timah, batu permata seperti tantalite dan logam

Congo - coltan, kobalt, tembaga dan berlian

Botswana - berlian, nikel dan tembaga,

Namibia - uranium, berlian dan zink

Zambia - tembaga dan kobalt

Angola - minyak dan gas, berlian

Zimbabwe - platinum, emas dan kromium

Tanzania - emas, tanzanite dan garam

Guinea - bauksit

Mozambique - arang batu dan gas asli

Mali - emas

Sudan - emas dan minyak

Namun, kebanyakan negara-negara Afrika masih lagi miskin dan mundur. 

Di mana silapnya sehingga menyebabkan begitu banyak hasil bumi yang dikurniakan Allah SWT tidak dapat digunakan sebaik-baiknya untuk membangunkan dan memajukan negara-negara tersebut?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa yang kita patut tahu mengenai titah addendum

  Istana Negara (Gambar hiasan: Pexels) Titah addendum merujuk kepada satu bentuk arahan tambahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tertinggi, seperti Yang di-Pertuan Agong, untuk menjelaskan, melengkapkan, atau meminda keputusan sedia ada.  Dalam konteks undang-undang dan sistem pemerintahan, titah addendum adalah dokumen rasmi yang mempunyai implikasi besar terhadap dasar, perlaksanaan, atau keputusan tertentu. Asal usul istilah ini berasal daripada gabungan dua perkataan, “titah” yang merujuk kepada perintah atau arahan rasmi daripada pihak diraja, dan “addendum” yang bermaksud penambahan atau lampiran kepada dokumen yang telah wujud.  Dalam sistem kerajaan beraja, titah seperti ini sering menjadi alat penting untuk menyampaikan keputusan atau arahan yang lebih terperinci selepas perbincangan atau mesyuarat rasmi. Salah satu aspek penting mengenai titah addendum ialah ia bukan sekadar simbolik. Arahan ini mempunyai kuasa undang-undang yang mengikat pihak-pihak berka...

Komplot jahat pengganas komunis sabotaj pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu gagal

Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan.  Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang.  Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut...

Keris Taming Sari memang wujud atau sekadar mitos?

  Keris Taming Sari merupakan salah satu senjata legenda dalam budaya Melayu yang sering dikaitkan dengan kehebatan pahlawan Melayu, Hang Tuah.  Keris ini bukan sekadar senjata biasa, tetapi menjadi simbol keberanian, keagungan, dan kesaktian dalam sejarah serta mitologi masyarakat Melayu.   Menurut kisah yang diwariskan turun-temurun, Taming Sari dipercayai memiliki kuasa mistik yang luar biasa. Keris ini dikatakan mampu memberikan kekuatan luar biasa kepada pemiliknya, menjadikannya kebal daripada sebarang ancaman.  Nama Taming Sari berasal daripada seorang pendekar dari Majapahit yang menjadi pemilik asal keris ini sebelum ditewaskan oleh Hang Tuah.  Setelah berjaya mengalahkan pendekar tersebut, Hang Tuah memperoleh keris ini, dan sejak itu, ia menjadi senjata setia pahlawan tersebut.   Reka bentuk keris ini juga mencerminkan seni kraf Melayu yang halus. Hulunya dihias dengan ukiran yang penuh makna, sementara bilahnya diperbuat daripada campu...