Mengundilah di mana anda tinggal, tak perlu balik kampung
Gambar hiasan: FB SPR Setiap kali tiba musim pilihan raya, satu soalan sering berlegar dalam kalangan kita: "Balik mengundi ke tidak?" Masih ramai yang berhijrah dari tempat asal mereka belum menukar alamat pada kad pengenalan masing-masing, justeru menyebabkan nama mereka didaftarkan sebagai pengundi di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di luar lokasi tempat tinggal terkini. Misalnya, ada individu yang berdaftar sebagai pengundi di Sabah sedangkan dia sudah bertahun-tahun bermastautin di Kuala Lumpur . Balik kampung pun mungkin setahun sekali sahaja pada musim perayaan. Malah, mungkin sudah lama tidak balik kampung setelah ibu bapa meninggal dunia. Dalam hal ini, adalah tidak adil sekiranya pengundi terbabit memilih wakil rakyat bagi kawasan Parlimen dan DUN yang di luar kawasan mereka bermastautin. Jika calon yang mereka undi itu menang, boleh dikatakan beliau tidak benar-benar mewakili suara seluruh anggota masyarakat yang tinggal di kawasannya. Lebih-l...