Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Akhirnya bonda tertawa

Imej
  Gambar rekaan ChatGPT Bonda muram durja Feringgi dan Belanda menakluk Melaka Inggeris licik mengikis hasil bumi kata Nippon , "Asia untuk orang Asia!" Bintang Tiga tanpa agama empat ratus empat puluh enam tahun anak-anak hidup sengsara. Bonda senyum gembira teriakan "MERDEKA!" bergema di ruang angkasa di kota dan juga di desa selamat jalan Union Jack selamat jalan God Save The Queen megah berkibar Jalur Gemilang Negaraku beralun merdu anak-anak bersatu suara. Bonda tawa riang aman dan makmur bumi bertuah Jalur Gemilang menjelajah dunia bakal membelah angkasa raya "Malaysia Boleh!" membakar semangat semoga merdeka kekal selamanya anak-anak sejahtera sentiasa. (Puisi yang dinukilkan pada Jun 20027 ini disiarkan dalam  Suara Kita: Antologi Seribu Sajak Merdeka terbitan Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Karyawan Perak pada Ogos 2013.) BACA LAGI

Maruah Jalur Gemilang mesti dipertahankan

Imej
  Gambar hiasan: Pexels / Din Aziz Jalur Gemilang lebih daripada sekadar sehelai kain yang dikibarkan di bangunan kerajaan, sekolah, premis perniagaan atau rumah.  Ia adalah lambang kedaulatan negara , tanda perpaduan rakyat , dan simbol perjuangan generasi terdahulu khususnya perwira-perwira negara yang rela berkorban demi mencapai dan mempertahankan kemerdekaan .  Setiap jalur, warna dan bulan bintang yang tertera padanya membawa makna tersendiri, mencerminkan keutuhan serta jati diri bangsa Malaysia . Menghormati Jalur Gemilang bermaksud kita menghargai erti kebebasan yang dimiliki hari ini. Seharusnya, Jalur Gemilang sentiasa dijaga dengan penuh tertib.  Bendera yang lusuh atau rosak perlu diganti dan pemasangan bendera mestilah dilakukan dengan betul mengikut garis panduan yang ditetapkan.  Perbuatan mempamerkan Jalur Gemilang secara terbalik, dalam keadaan kotor atau di tempat yang tidak sesuai boleh dianggap sebagai penghinaan dan mencalar maruah negara...

Tolonglah bertindak tegas tangani kes buli

Imej
  Buli bukan sekadar perbuatan nakal atau gurauan kasar. Perbuatan kejam itu boleh meninggalkan parut sepanjang hayat, memusnahkan masa depan, malah meragut nyawa.  Setiap kali ada mangsa baharu, kita hanya dengar ayat sama diulangi iaitu: “Siasatan sedang dijalankan”. Kes kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir baru-baru ini adalah tamparan besar terhadap sistem pendidikan negara.  Pelajar sekolah menengah agama di Sabah itu dilaporkan menjadi mangsa buli fizikal dan mental , namun seolah-olah tiada tindakan konkrit untuk menghentikan penderitaannya sehingga akhirnya dia terkorban. Sebelum ini, sering kedengaran janji tindakan tegas aka diambil untuk membanteras gejala buli , tetapi janji hanya tinggal janji. Kelewatan pentadbir sekolah bertindak mencetuskan persepsi seolah-olah pembuli dilindungi. Mungkin pihak sekolah ingin  menjaga reputasi dan rekod disiplin namun harga yang perlu dibayar sangat mahal sehingga meragut nyawa mangsa. Sehubungan itu, ge...

Lelaki juga jadi mangsa gangguan seksual

Imej
  Gambar hiasan: ChatGPT Apabila topik gangguan seksual dibincangkan, kebanyakan masyarakat membayangkan mangsa sebagai wanita dan pemangsa sebagai lelaki.  Naratif ini begitu dominan sehingga sering kali menenggelamkan realiti bahawa lelaki juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa gangguan seksual baik di tempat kerja mahupun ketika menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api. Gangguan seksual bukan semata-mata soal keinginan, tetapi pencabulan terhadap mangsa. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina.  Namun, apabila mangsanya lelaki, stigma sosial menjadi lebih berat. Ramai menganggap lelaki terutamanya yang kelihatan macho tidak mungkin terganggu, sepatutnya suka, atau boleh melawan.  Sedangkan hakikatnya, ramai lelaki tidak selesa, trauma dan berasa tercalar maruahnya tetapi memilih untuk berdiam diri. Dalam sesetengah kes, ada wanita yang bersikap terlalu agresif seperti membuat sentuhan tidak wajar , mengeluarkan kata...