Jangan beri muka kepada kapitalis tamak pemusnah khazanah alam Pahang

Sudah terlalu lama kerakusan segelintir pihak yang menceroboh tanah kerajaan di Pahang demi mengaut keuntungan atas angin dibiarkan seolah-olah tanpa batas. Mereka membuka dusun durian Musang King secara haram, mengaut hasil jutaan ringgit setiap musim tanpa membayar sesen pun kepada kerajaan. Lebih menyedihkan, tanah yang diteroka turut memasuki kawasan hutan simpan kekal yang sepatutnya dilindungi demi kelestarian alam sekitar dan generasi akan datang. Perbuatan menceroboh ini bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi mencerminkan sikap tamak dan tidak bertanggungjawab terhadap khazanah negara. Mereka bukan petani kecil yang menanam pokok di belakang rumah. Mereka adalah kapitalis tamak haloba yang sanggup menebang pokok dalam hutan simpan demi memenuhkan kantung sendiri tanpa mengira perbuatan mereka itu merosakkan ekosistem, memusnahkan habitat hidupan liar dan menggugat sistem tadahan air yang penting untuk masyarakat setempat. Ironinya, apabila pihak ber...