Nostalgia bas mini meredah kesesakan kota raya

Bas mini yang sepi tanpa penumpang ini dijadikan pameran di pekarangan Muzium Negara. Tahniah kepada sesiapa sahaja yang sempat merasa pengalaman menaiki bas mini di Kuala Lumpur! Anda pernah melalui satu fasa kehidupan yang penuh cabaran mental dan fizikal. Bayangkan anda berdiri dalam ruang yang sempit, bersesak macam sardin dalam tin. Cuma bezanya, tin sardin tak ada orang yang tolak-tolak sambil berusaha cari tempat untuk berpaut. Masih segar dalam ingatan suara konduktor mengarahkan penumpang "Masuk dalam lagi!" walaupun bas sudah sendat ke tahap maksimum. Bas mini dahulu boleh dianggap sebagai sistem pengangkutan yang paling cekap di kota raya. Laju dan selalu menepati masa walaupun terpaksa meredah kesesakan yang sudah sinonim dengan Kuala Lumpur. Pemandunya pula bukan calang-calang orang. Kemahiran memandu mereka membuatkan kita tertanya-tanya sama ada mereka pernah menjalani latihan khas di litar lumba. Andainya tangan kita terlepas tiang at...