Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada

Imej
  Dalam keghairahan mengejar apa yang belum dimiliki, kita sering terlupa betapa berharganya apa yang sudah ada dalam tangan.  Kita mudah tertarik dengan kehidupan orang lain yang tampak sempurna dari luar, lalu mengeluh dengan apa yang ada di sisi sendiri.  Sedangkan di sebalik apa yang kita anggap kekurangan, ada nikmat besar yang kadangkala hanya disedari apabila sudah tiada. Kita mengeluh rumah kita kecil, sedangkan ada insan lain yang tidur berbumbungkan langit .  Kita rasa tidak cukup dengan rezeki yang diperoleh , sedangkan ada insan lain tidak dapat makan seharian.  Kita kecewa dengan ujian hidup , sedangkan itu mungkin cara Allah menghapus dosa dan menyucikan hati. Ada anak yang merindukan pelukan mesra ibu, tetapi ibunya sudah pergi dijemput Ilahi.  Ada ibu yang mendambakan senyuman anak, namun si anak hilang entah ke mana.  Ada suami isteri yang hanya mahu berbual mesra seperti dahulu, tetapi kesibukan dan jarak telah membungkam kata-k...

Susah sangatkah berhenti bila pejalan kaki melintas?

Imej
  Pada satu pagi, kelihatan seorang murid sekolah sedang terkial-kial untuk melintas jalan. Walaupun lintasan pejalan kaki yang berwarna kuning jelas terhampar, tiada sebuah kenderaan pun yang berhenti untuk memberi laluan kepadanya. Mujurlah seorang pemandu yang agak berusia berhenti supaya murid itu dapat melintas. Malangnya, pemandu yang budiman itu menjadi sasaran pemandu-pemandu lain di belakang untuk melepaskan geram. Bunyi hon bertalu-talu seolah-olah mendesak pemandu yang sudah melepasi usia separuh abad itu segera menggerakkan kenderaannya. Namun dia tetap enggan berganjak selagi murid sekolah terbabit dapat melintas dengan selamat ke seberang. Dia tidak takut kerana apa yang dilakukannya adalah selaras dengan undang-undang jalan raya . 'Kisah benar' ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya semua pemandu benar-benar mematuhi undang-undang jalan raya berkaitan hak pejalan kaki untuk melintas.  Malangnya, semakin ramai pemandu yang bersikap biadab dan mementingkan diri...

Pempengaruh vs pakar: Siapakah yang lebih dipercayai?

Imej
  Pada masa ini, ramai dalam kalangan masyarakat yang lebih mempercayai pempengaruh yang bercakap dengan yakin di depan kamera berbanding seorang pakar yang mahir dan berpengetahuan dalam bidangnya.  Kita sedang menyaksikan satu fenomena yang luar biasa iaitu kebangkitan pengaruh individu biasa yang mampu membentuk pandangan awam, kadangkala lebih berkesan daripada profesor, doktor atau pemimpin. Pempengaruh bukan lagi sekadar selebriti media sosial yang mempromosi produk kecantikan atau gaya hidup. Mereka kini bercakap tentang kesihatan, politik, kewangan, pendidikan dan agama.  Ada yang menyampaikan maklumat berguna, namun tidak kurang juga yang menyebarkan maklumat salah, kurang tepat atau sangat berat sebelah tanpa tapisan dan semakan fakta. Mengapa semakin ramai percaya pada pempengaruh dan bukannya pakar? Pertama, penyampaian mereka lebih mudah difahami. Bahasa yang digunakan mesra, ringkas dan santai.  Tambahan pula, mereka sentiasa ada di telefon pintar kit...

Wajarkah menipu semasa temuduga kerja?

Imej
  Temuduga kerja adalah antara detik penting dalam hidup seseorang yang sedang berusaha mencari rezeki dan menjadi peluang untuk meyakinkan majikan bahawa kita layak memegang sesuatu jawatan.  Namun dalam usaha untuk menonjolkan diri, ada yang tergamak menipu semasa temuduga, sama ada menokok tambah pengalaman , mengada-adakan kemahiran , atau memalsukan pencapaian . Wajarkah tindakan ini? Dari segi moral dan etika, menipu semasa sesi temuduga adalah sesuatu yang tidak wajar serta bertentangan dengan prinsip kejujuran yang sepatutnya menjadi asas dalam apa jua hubungan, termasuk antara majikan dan pekerja.  Apabila seseorang memulakan karier dengan pembohongan, maka reputasi, kepercayaan dan integriti diri sudah tercalar sejak hari pertama. Dari sudut praktikal pula, pembohongan semasa temuduga boleh membawa padah. Jika ditawarkan kerja berdasarkan maklumat palsu, individu itu mungkin berdepan kesukaran untuk menjalankan tugas sebenar kerana tidak mempunyai kemahiran a...