Peratusan keluar mengundi PRU kurang memberangsangkan, apa puncanya?
Gambar hiasan: FB SPR Peratusan keluar mengundi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama hingga ke-15 menunjukkan aliran turun dan naik. Secara keseluruhan, jumlah yang keluar mengundi semakin meningkat dari satu PRU ke yang berikutnya. Statistik jumlah dan peratusan keluar mengundi adalah seperti berikut: PRU1 (1959): 1,558,741 pengundi (73.3%) PRU2 (1964): 2,181,225 pengundi (78.9%) PRU3 (1969): 2,775,450 pengundi (73.6%) PRU4 (1974): 3,719,806 pengundi (75.1%) PRU5 (1978): 4,195,314 pengundi (75.3%) PRU6 (1982): 4,740,260 pengundi (75.4%) PRU7 (1986): 5,520,626 pengundi (73.3%) PRU8 (1990): 6,176,182 pengundi (72.3%) PRU9 (1995): 6,699,849 pengundi (68.3%) PRU10 (1999): 7,944,274 pengundi (69.3%) PRU11 (2004): 9,756,760 pengundi (73.9%) PRU12 (2008): 10,922,139 pengundi (76.0%) PRU13 (2013): 11,054,577 pengundi (84.8%) PRU14 (2018): 12,299,514 pengundi (82.3%) PRU15 (2022): 14,823,154 pengundi (74.0%) Dapat diperhatikan bahawa PRU13 mencatatkan peratusan tertinggi man...