Gambar: Internet Mungkin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hari ini tidak mengetahui tentang rancangan jahat pengganas komunis yang diketuai Chin Peng untuk mensabotaj majlis pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada 20 Ogos 1957, seorang pegawai tentera, Leftenan Hassan Osman memainkan peranan penting dalam usaha mempertahankan keamanan Tanah Melayu menjelang pengisytiharan kemerdekaan. Pada masa itu, Platun 12 Kompeni D dari 5 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diberi tanggungjawab untuk melakukan pengawasan di kawasan rondaan Kompeni C, 6 RAMD di Rawang. Mereka ditugaskan untuk melakukan risikan teliti terhadap pergerakan komunis yang disyaki sedang merancang serangan hendap bagi menggagalkan majlis pengisytiharan kemerdekaan. Setelah menerima maklumat penting, Leftenan Hassan mendapat kebenaran untuk menjalankan risikan lebih lanjut. Beliau bersama anggotanya menuju ke Ladang Getah Waterfall untuk meninjau aktiviti komunis yang dilaporkan aktif di kawasan tersebut...
"Selamat datang ke Jiwa Merdeka, destinasi utama untuk artikel inspirasi dan pengetahuan. Di sini, kami berkongsi pandangan mendalam mengenai pelbagai topik termasuk falsafah, motivasi, kehidupan, agama dan banyak lagi. Didedikasikan untuk pembaca yang ingin mencapai kebebasan dalam pelbagai aspek kehidupan, Jiwa Merdeka menawarkan kandungan yang memberi semangat dan panduan kepada para pembaca budiman dalam menjalani kehidupan di dunia yang fana ini serta mengumpul bekalan untuk akhirat.